Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Friday 23 December 2011

future planning..


assalamualaikum w.b.t..

..sharing is caring..

it just a simple message,
but full with meaning..
words from a freind,
which comes from Allah...

...........

Thanks Kak Nawi for the message .. :)
:

"Tulis RANCANGANmu 
dengan PENCIL
kemudian 
serahkan PEMADAMNYA
kepada ALLAH..

Izinkan Allah memadam bahagian yang
BUKAN 
ditakdirkan untukmu 
dan 
MENGGANTIKANNYA 
dengan rancangan yang lebih BAIK.. 

Kerana Dia lebih mengetahui 
apa yang terbaik untuk hambaNYa.. 

Kita merancang, 
tetapi sebaik-baik perancangan 
adalah 
perancangan Allah yang terbaik untukmu.. "

.......

from this messege,
He makes me realize..

even i feel that
'the plan' is just nice
and
the ease is all around right now..
but
His plan is beyond all the hope..

A hope and expectation
from a little heart
can't reach the best plan
arranged by
THE BEST PLANNER...

 I believe that.. 

Thus,
besides trying my best,
besides praying and praying,
i put my trust on You..
i let this future planning to You,
for You to 'touch up' my plan 
to be the best plan ever.. :)

indeed, 
i strongly believe in You..
:)

"O Allah, there is no ease except what You make easy.."

"Cukuplah Allah menjadi penolong kami.."
 (Surah Ali Imran: 173)

Saturday 3 December 2011

Alhamdulillah..

 
I thank You, Allah,
with every breath I take...


.....................

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Indah sungguh bergantung harap pada Allah,
Tuhan yang memiliki segala kekuasaan,
dan tak pernah mungkir janji..

" Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan di hati kami. 
Sungguh, Tuhan kami benar2 Maha Pengampun, Maha Mensyukuri.."
(Al-Fatir:: 34)

........

Ada yang lebih baik dari Dia?
Tak kan pernah ada..
:)

Thursday 24 November 2011

.......




" Hasbi Allahu wa ne'mal wakil" :
 
 
                 “Allah is sufficient for me and is the best trustee of affairs.” 


                                                      ...

Monday 21 November 2011

'..kerana Allah..'

Untuk bersabar kerana Allah,
perlukan bantuan dari Allah...


"Kerana Tuhanmu, bersabarlah.."  (Al-Mudatthir:7)

Kita yang beriman, sedaya mungkin cuba 'memaksikan Allah' dalam setiap urusan.. Namun, bila sabar itu terasa terlalu berat, dan semakin berat, menadikan 'kerana Allah' dalam hati, bukan sesuatu yang mudah.. Mungkin kerana hati itu masih terlalu 'kecil' untuk menampung 'kapasiti' sabar yang diperlukan untuk menghadapi ujian yang semakin membesar..

Kerana itu, kita perlu lebih sedar, bahawa bersabar kerana Allah itu, bukan dalam 'bidang kuasa' kita, walaupun kita memilih untuk itu.. Tapi, ia adalah kehendak Allah, atas pilihan kita..

Sabar, bukan sekadar pilihan yang dibuat oleh hati manusia, tapi ia adalah satu anugerah Allah buat hamba pilihanNya.. Tak akan mampu bersabar, bagi jiwa2 yang ingin bersabar, jika tidak ditiupkan Allah dengan nikmat kesabaran itu..

Kerana itu, mohonlah kepada Allah, agar setiap hari, setiap detik, sabar dan redha itu menjadi salah satu nikmat yang sentiasa dilimpahkan kepada kita, seperti nikmat nafas yang masih dipinjamkan tanpa henti..

Dia, sentiasa hadir sebagai pemujuk yang Maha2 Setia:

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk."  (Surah al-Baqarah:45)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." 
(Al-Baqarah:153)



....................................................................................................................................................................

Rasanya tak susah pun bersabar kan, andai redha Allah itu ganjarannya..  :)

...

Friday 18 November 2011

A bad day?


Thanks Allah ~

 ..............

Ketika susah..
Ada
pemujuk yang Maha setia,
pembelai jiwa yang Maha Pengasih.. :

“Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah..”
(Al-Muddatsir:7)


"    .... hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas"
(Surah Az-Zumar: 10)

Fasobrun Jamil :)

Alhamdulillah.. 

Kini..
Ujian itu, 
terasa nikmat.. :)

......................

I face a bad day~
and I ♥ it~ :)


Friday 4 November 2011

"Mintalah fatwa dari hatimu.."

Pada laku ini,
Di nilaianNya: Dosa atau pahala?
Sabda insan utusan:
"Mintalah fatwa dari hatimu.."


Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: 

"Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya."  (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: "Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: "Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan?" Aku berkata: "Ya." Baginda bersabda: 

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."  (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik). 

.............

Peringatan khas buat diri, diri, diri
dan sahabat yang jauh di sana..
Semoga hati kita cukup bersih,
untuk menjadi wakil bagi setiap amalan, pemandu dalam segala urusan..

Mintalah fatwa dari hatimu, kawan..
Semoga Allah mudahkan jalan2 kebaikan buatmu.. :)


......

Tuesday 1 November 2011

Pilihan buatMu..

Diam:
Pilihan buatMu, Allah..


Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: "Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” 
[ Hadith riwayat Abu Dawud]

Diam bukan mengalah.

Ia cara mencari Rahmah.

Mendekatkan diri kepada Allah.


........................................................................................................................................................................

Sekali lagi, 
ujian insan datang memperkasakan diri..

Jika dunia dan isinya diutamakan, 
berbicara itu lebih 'selesa' bagi melaungkan rasa.
Demi redha Allah dan RasulNya,
diam menjadi pilihan..

I'm enjoy the 'silent'..
Kerana Allah sentiasa bersama~ 

:)

Friday 28 October 2011

Doakan..


..Doakan..


Masa lampau atau kesilapan semalam
bukan satu halangan
untuk kita berubah menjadi orang yang baru..

Kelibat diri yang dulu
bukanlah satu bayangan yang perlu dirisaukan
untuk terus melangkah,
mencipta dan membentuk peribadi diri yang baru..

Tangkis, semua pandangan manusia
lenyapkan, segala kegusaran hati sendiri
buka, benkung ketakutan dalam diri
padam, semua kenangan buruk masa silam .. 

Bangkit dan bangunlah semula.. 

Lakukan semua itu untuk pertahankan satu pinjaman berharga!

.......... 

Menyeru diri, diri dan diri:

Teruslah melangkah dan mencari semula hidayah Allah, yang terasa semakin hari semakin memudar. Bi’ah yang sangat menguji ini, bukan seharusnya dibiarkan untuk terus-terusan mengikis iman dan hidayah yang telah dipinjamkan.. Diriku ada tarbiyah, punya sahabat, ditemani Allah.. Semua itu cukup, dan sangat sempurna untuk menjadi pemimpin dan peneman setia di maya kehidupan ini..

"Orang2 yang berada dalam tarbiyah, futurnya untuk menguatkan.."

 Mudah-mudahan..

.........

Doakan diri ini, bagi yang mengenali.. Terima kasih.



Wednesday 26 October 2011

FB? :)

(-_-)


Menetap di rumah beberapa bulan ni,
membangkitkan rasa..

'Nak buka akaun facebook' ..

:)

Kenapa?

..............

Semua orang tahu,
FB merupakan medium yang
paling berkesan dan paling popular
di abad ini
untuk saling berhubung dengan kawan2 yang dirindui.. :)

Em,
buntu juga bila selalu dengar orang kata: 

"Lebih elok tak ada FB, nanti banyak buang masa"
(dan beberapa keburukan fb lain yang semua sedia maklum)

Saya juga rasa macam tu..
(sebab tu sampai sekarang, risau  nak buat fb)

Tapi dari satu sudut,
rindu sangat nak berhubung
dan nak tahu keadaan2 semasa
kawan lama,
kawan ukm,
kawan rumah,
kawan sekolah,
'kawan2 dunia akhirat'.. 
:)

..........

Tapi, saya tengok
ada juga kawan2 yang bijak menggunakan
 fb sebagai medium bagi perkara2 yang baik
dan dapat bahagikan masa dengan baik..

Saya?
Saya tak berani jamin saya sehebat mereka
untuk menggunakannya dengan baik
tanpa apa2 kesan buruk buat diri..

...............

Effective tak,
nak buat FB untuk kembalikan 
'rasa bersahabat'?
hu~

Em..
Boleh ka,
hanya dengan satu alasan tu,
saya ketepikan keburukan2 lain
yang mungkin akan saya terima nanti?

Kawan2 + berkongsi ilmu dan maklumat
vs
ketagihan FB?

.......

Buat saya fikir panjang:

 (-_-')

Nak 
atau 
Tak?

Em..
demi kebaikan diri, masa depan dan agama,
harus difikirkan lagi.. 
(",)

................

Thursday 6 October 2011

Kekayaan Hati..

Cari kekayaannya, 
dalam uzlah yang lama..
...................................


Kekayaan Hati
Bahagialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerana Allah bersamamu wahai para muttaqin.
Bahagialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerana Allah bersamamu wahai para mukhlisin.

Miliki hati pemurah,
Yang mampu menahan marah,
Memberi maaf dengan mudahnya.
Miliki hati pengasih,
Walau diri kan tersisih,
Memberi kasih tanpa memilih.

Hati itu bagai ladang,
Tempat bercucuk tanam.
Hati itu bagai kolam,
Tenang nyamannya...

Cari kekayaannya,
Dalam uzlah yang lama,
Dimalam yang sempurna,
Bermunajat pada-Nya.

Pengabdian yang hakiki,
Lewat zikir amali,
Dibasahi disirami,
Dengan Rahmat Ilahi.

-Far East-
................................
Mari,
renew kembali hati ..
Perkayakan ia,
dengan ilmu.
Saratkan ia
dengan kasih sayang.

Perkasakan ia,
dengan tarbiyah.

Tenangkan ia 
dengan
ingatan pada Allah..

“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” 
(Surah al-Ra‘d 13: 28)

Wednesday 28 September 2011

Konvokesyen kali ke-2

Alhamdulillah..

Tiba juga hari penerimaan scroll kedua dalam hidup..

Buat kesekian kali,
dan selama3nya..
Tiada ucapan yang lebih istimewa,
buat lidah dan hati ini melainkan
ALHAMDULILLAH..

Terima kasih ya Allah,
Kerana tiada henti
memberi diri ini peluang,
merasai segala nikmatMu
dan mengakui betapa penyayangnya diriMu..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

...................

Terima kasih pada kawan2 dan insan2 
yang menambahkan indahnya hari konvo kelmarin..
:)



..26092011..
Alhamdulillah..



Tuesday 20 September 2011

Dah makin tua..

..Terima kasih semua..
Special thanks to:
'Insan yang telah melahirkan..'

..........................

23 tahun lepas..

Bersama satu tujuan:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.."
(Surah adz-Dzariyat: 56)

Bersama satu janji:
"Adakah aku TuhanMu?"
"Ya, aku bersaksi.."

Bersama satu harapan:
"Semoga anak ini menjadi anak yang solehah,
penyejuk mata dan penenang hati kami.."

Bersama satu pengorbanan,
yang selamanya
tidak mungkin terbalas..

 "Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
(Surah Luqman: 14) 

..20091988..
Bermulanya
perjalanan satu jasad dan ruh
dalam melaksanakan tujuan hidupnya
sebagai
seorang hamba..
dan
seorang muslimah..

Semoga 23 tahun yang berlalu ini,
bukan sesuatu yang sia2..

Walaupun
tujuan, janji, dan harapan itu,
tidak sepenuhnya terlaksana..

Namun,
jasad dan jiwa ini,
masih mengenggam hakikat yang sama:
Tujuan dan matlamat hidup yang sama.
InsyaAllah..

"Doakan saya"

Selamat hari tua..

"Semakin bertambah usia, semakin dekat dengan kematian"
"Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.."

...............................................................................................................................................

(^_^)

Nak ucapkan..
Terima kasih pada yang mengingati:

K.Nawi:
"Ya Allah, perkayakanlah sahabat yang kusayangi ini 
dengan keilmuan, hiasi hatinya dengan kesabaran, 
suburkan jiwanya dengan keimanan dan 
muliakanlah wajahnya dengan ketaqwaan..
hepi besday!"

Atiqah:
"Happy birthday kawan.. " :)

Ibunda tercinta:
"Happy birthday,
semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan.."

Ayahda tercinta:
"Happy birthday.
Tambahkan kesyukuran, ketaatan,
keimanan, dan ketaqwaan kepadaNya.."

Liyana:
"Happy birthday,
hadiah tunggu 9 hari lagi.."
:)

D.E:
"Hepi bezday.."

K.idad:
"Hepi besday.."

Deyla:
'Ucapan yang tak terkata..'
:)

dan..

"Selamat Hari Lahir.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.."

..Terima kasih atas semua doa dan ingatan..

.............................................

Masuk bilik, ada satu hadiah dan 'kad' atas meja..
Dah sedia maklum pemberinya..
Terima kasih wahai ibu..
:)


Monday 5 September 2011

Terima kasih..

..Alhamdulillah, terubat sudah..


Saya sangat berterima kasih pada seseorang.

Kerana secara tak langsung dia telah mengingatkan saya, tentang hakikat kelemahan diri..

Buat mereka yang sedang menghadapi kemurungan kerana memikirkan tentang kekurangan diri, semoga nasihat2 ini turut berguna..

Katanya:

Allah kenalkan kita pada kelemahan kita bukan supaya kita berduka dengan kelemahan itu,

tapi supaya kita kenal di mana atau waktu mana,

kita perlu tingkatkan usaha untuk memperbaikinya atau lebih berwaspada dengan kelemahan kita itu..

Juga supaya kita lebih mencari seribu satu jalan untuk berusaha menghadapinya dengan lebih baik di masa hadapan..

Dalam kita berlari atau berjalan dalam laluan sukar menuju 'kejayaan', pasti ada saat2 kita jatuh, terduduk atau tersungkur ..

Yang penting, kita tak berterusan biarkan diri kita jatuh tanpa sebarang usaha untuk terus bangkit dan bangun maju..

Tiada manusia yang sempurna. Maksum itu hanya milik utusan mulia, Nabi Muhammad s.a.w..

Teruskan usaha. Jangan mengalah pada diri. 

'Allah tak lihat hasil, tapi pada usaha kita..'.. Kerana hasil itu, dalam genggamanNya..

...............

Terima kasih wahai penyampai 'kekuatan'. Sesungguhnya semua ini dariMu, ya Allah..


Jangan sedih..

'Tiada manusia yang sempurna'

Jika itu 'janji' Allah, 

Mengapa bersedih dengan kelemahan?

Kenapa kecewa dengan kekurangan?

Setiap kita ada kelemahan.

Sama ada kelemahan yang dinampak manusia. 

Atau kelemahan yang sedia maklum di sisi Tuhan..

............

Pesanan buat diri..

Jangan lelah untuk perbaiki kelemahan.

Kerana Allah ada ingatkan diri:
'tiada terubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri..'

'Berubah' bukan satu proses yang singkat. Ia perlukan masa yang lama, dan mungkin juga memakan masa sepanjang hayat.

Atau mungkin tak tercapai titik kejayaan itu sampai helaan nafas terakhir.

Oleh itu, jangan biarkan 'hasil' itu menghambat jiwa. Biarkan usaha berjalan merentas masa.

Allah itu Maha Adil, siapa yang bersungguh2 berusaha, kejayaan itu berhak untuknya..

Allah itu Maha Penyayang, tiada kegagalan di pandangan Allah bagi mereka yang berusaha. Biarpun, hasil perubahan itu tak tercapai di dunia, di akhirat, bergunung ganjaran menanti..

.....................................................................................................................................................................

Mungkin di pandangan mata manusia, hidup saya banyak silapnya, bergunung khilafnya.

Tapi di pandangan Allah, hikmah itu sedang menunggu..

Tiada pernah Dia menzalimi diri ini,

yang ada, hanya kasih dan hikmah dalam suratan..

....................................................................................................................................................................

"Ya Allah, jika kekurangan ini kifarah dariMu, ampunkanlah dosa2 ku, selama mana aku bersabar dan redha dengannya.."


Friday 26 August 2011

Gembira hari ini, dan....

  -->  (-_-')



Alhamdulillah..

Hari ni belajar sesuatu lagi ..
Pengajaran yang betul2 mengajar
Pengajaran berharga,
tentang rasa gembira..

Setelah membuat pemerhatian
Setelah direnung dan direnung
Setelah difikir dan dilalui sendiri
Satu ibrah dapat diambil.. :

Jangan, jangan, dan jangan
'Terlalu gembira dengan rasa gembira'
Kerana nanti kita akan sedih sangat..

Benarlah Islam menuntut qanaah
Bukan sekadar dalam pengurusan harta
Tetapi juga dalam mengendalikan rasa

............

Jadi, bila rasa gembira,
Apa sewajarnya kita lakukan?
Bersederhana mempamerkannya.
Biarpun hati sangat berbunga ketika itu
Ajarlah diri menzahirkannya seadanya...

Kenapa saya menulis ini?

Sebagai peringatan buat diri..
Agar sentiasa beringat,
Kalau selepas sedih ada gembira,
Tak mustahil,
Lepas gembira juga kita akan merasai sedih..

Kerana..

Allah ingin mengingatkan kita,
‘Tiada kegembiraan abadi di dunia...’
dan...

'Dalam setiap keadaan, kesederhanaan itu sentiasa yang terbaik!'

Tuesday 23 August 2011

Kalah yang memenangkan..



Kalah --> Menang
Menang  --> Kalah

Satu kisah..


Pada  suatu hari, seorang bapa telah mengadu kepada Saidina Umar atas sikap derhaka anaknya. Lalu Saidina Umar meminta anak itu datang kepadanya. Sewaktu anak itu mengadap, dia bertanya:

Apakah hak bapa kepada anaknya?

Umar menjawab, 

Ada tiga. Pertama memilih bakal ibu yang baik untuk dinikahi. Kedua, memberi nama yang baik kepada anaknya. Ketiga, mengajarkan kandungan al-Quran (Islam)”.

Lalu anak itu menyambung, 

Bapaku telah mengabaikan ketiga-tiga hak tersebut. Ibuku seorang perempuan Qibti dari  keturunan Yahudi. Namaku pula adalah nama sejenis kumbang kelapa. Bapaku pula tidak pernah mengajarkan aku ilmu agama”.

Umar lalu berpaling kepada si bapa dan berkata,

Engkau telah derhaka kepadanya sebelum  dia derhaka kepadamu”.

....................

-- Tentang hak --

Satu pengajaran buat diri, buat diri, dan buat diri: 

Fahamilah peranan diri dalam melunaskan hak orang lain, barulah kamu layak untuk memperkatakan tentang  hak2 kamu di bahu orang lain..

............

Silap diri..

Dalam banyak perkara yang tersilap / saya tak suka, saya selalu salahkan orang lain.

Susah nak terima hakikat salah diri, lebih selesa rasanya kalau orang lain merasakan saya ‘betul’..

Saya kagum dengan mereka yang selalu 'menang'.. 'Memenangkan' diri di hadapan Allah, dengan mengalah di hadapan manusia.

Mereka sanggup mengalah, kerana kerendahan hati sentiasa membenarkan setiap kesilapan diri, biarpun kadang2 ia bukan la betul2 salah mereka. 

Merendahkan diri di hadapan manusia sebenarnya telah meninggikan diri kita di sisi Allah. 

Sebaliknya, dengan meninggi2kan diri di hadapan manusia, tanpa kita sedar, malaikat2 di sisi kita sedang merendahkan kita dengan sikap buruk dan ego yang dicatatkan di buku catatan amalan. Dan Allah yang memerhati lagi Maha Mengetahui, tentu tak suka dengan sikap kita itu..

................

Peringatan buat diri..

Kena usaha  menyemak kembali segala perilaku diri ke atas orang lain, bila:

- Terasa seperti disakiti/dizalimi.
- Kerja2 tidak dihargai/Keikhlasan teruji.
- Rasa sedih atau terkilan dengan sikap2 orang.
- Rasa terbeban bila membantu orang..

Kerana hakikatnya, 

kesalahan diri lah yang selalu menyakitkan kita kembali. Individu yang terlibat itu hanya agen menyampaikan kifarah buat diri.. 

....................

Sekadar bermuhasabah diri dengan beberapa sikap yang tak diingini, sikap2 tak soleh yang ada bibit2 nak tumbuh dalam diri..

Sebelum terlambat, ada baiknya buat cubaan2 untuk singkirkan.. :)

Semoga Allah mudahkan........

....................................................................................................................................
 
... Semak diri dahulu, sebelum semak orang lain ...

Boleh izati? (“,)

Monday 15 August 2011

Rindu daerah sana..


.........


..Rindu..

Saya sangat rindu..
daerah sana.

Rindu 
suasana di sana. 

Rindu 
jasad2 dan hati2 di sana..
 (-_-)

Saya betul2kan rindu
..mereka..

......................................

Penghuni2 'sebuah rumah', 
saya sangat rindukan kalian..


['MT']

Rumah itu. 
Seperti namanya, 
telah mentarbiyah diri saya. 

Mendidik peribadi, 
melatih diri.
untuk menjadi sahabat yang lebih baik..


Saya kagum.
Dengan keunikan insan2 di sana..
:)

si puitis
si ruhi
si ceria
rumate yang setia,
pakar memasak,
super busy women
dan tak lupa..
ada seorang sahabat baik 
yang saangat setia..
(rindu kamu anis..)
:)

............

Kawan2 di sana,
terima kasih..

Walau saya 'lain',
tapi
kalian telah meraikan saya dengan baik..
'Penangan' tarbiyah
Mungkin itu jawapan terbaik 
untuk peribadi kalian yang hebat.. =)

................

Sangat riindu..
mereka di 'kediaman 21'

(..sedih..)
(".)

[Ibarat melalui level2 permainan
dari senang ke susah..]

Dari 'madrasah tarbiyah', saya berpindah ke
'baiti jannati'..
:)

Bersyukur..
Saya telah
menjadi 'yang terpilih'
untuk menjadi penghuni di sana

Di rumah ini

Saya dididik 
secara langsung 
untuk lebih memahami insan2 sekeliling


Saya belajar
menghargai, mengasihi, dan mencintai
bukan sekadar 
jasad dan hati yang biasa
tapi
jiwa2 yang luar biasa

Mereka.
'insan2 pilihan'
yang dihadirkan khas
untuk 'mendewasakan' diri..

Adik, kakak, dan sahabat
masing2 mempunyai 'cara' tersendiri
dalam mentarbiyah diri..

Terima kasih insan2 yang dikagumi di sana..
Walau singkat masa saya disana
tapi 'dalam' tarbiyah yang dilalui..

Saya pasti
rindukan saat2 bersama..

Rindu
' memasak sambil membebel ' :)
rindu tersesat jalan
rindu masakan sedap2
rindu sharing moment..
rindu masa2 susah senang bersama 
rindu makan angin sama2
dan segala2nya..
(tak tertulis di sini..)
:)

Rindu kalian,
insan2 teristimewa:

K. kirah 
yang sangat baik dan matang..
hati, penuh kerendahan
fikiran, sarat 'bussiness'
:)

K. Fatiyah
yang berfikiran 'ke hadapan'..
Banyak kata2 nasihat
selalu menolong
'Minda map'
(kagum.. :) )

K. Hifzah
yang ceria
walau banyak gurau
tapi matang fikirannya
'sharing moment', saangat selesa..
:)

Tiqah.. :)
Kawan yang sorang ini,
selalu sangat teringat
sebab
banyak kenangan manis bersama..
Tiqah, tq untuk 
resepi..
'nasi tomato selamat tinggal..' :)
masa2 terluang bersama
(pesta flora, riadah, tournament, walimah kawan2, pasar malam..)
[xkan lupa! :)]

Una..
walaupun dah 'not in the group'.. (",)
Tapi masih selesa dengan una
Still memahami..
Terima kasih banyak2
Una sangat baik..
(semoga bahagia selalu.. :) )

dan tak lupa..
adik yang sorang ni..

Si Sera
 Walaupun adik, 
tapi pandai memasak..
Baik hati.
Terima kasih, untuk masa 'deal' sama2
:)

 .....................


Sahabat2 yang disayangi,
saya dan 'kcc',
sudah selesai bakti
di daerah sana

Teruskan kehidupan dan khidmat
Andai Allah izin,
kita bertemu kembali~
:)

...............

Rindu,
dan 
akan terus rindu!

Sunday 14 August 2011

Sebuah kesempatan


..Mengharapkan keampunan..

Sekadar ingin berkongsi sesuatu yang dirasakan bermanfaat.. Sedar diri bila terbaca: Zero dosa Mengharapkan hati2 yang membaca post ini, turut sama merasakan seperti apa yang saya rasa.. (Semoga redha Allah sentiasa dilimpahkan kepada penulis..)

........................................

Saya sangat terkesan saat ini, dengan satu kesempatan.. Kesempatan yang diberikan khas buat jiwa2 yang ‘tersilap langkah’. Atau lebih tepat, jiwa2 yang telah berdosa..

 'Peluang keampunan..'

Terbuka luas peluang ini sekarang.. Peluang berharga di bulan Ramadhan.

Ini satu penantian yang diharapkan. Ibarat satu peluang meneruskan hidup buat hati2 yang sedang 'hampir mati'.. Satu kesempatan yang perlu direbut, buat hati2 yang hauskan keampunan.. Ia tawaran hebat, buat hati yang..selalu terlalai, selalu dikotori, hati yang suram, hati yang lemah, hati yang karat, dan hati yang dah kurang sensitif denganNya..

Peluang ini, memberikan kita harapan untuk memperbaiki seluruh keadaan hati. Sangat merasai kebesaran peluang ini, kerana sehingga sekarang, diri sering menyaksikan ketaksungguhan dalam taubat yang dipersembahkan. Ketaksungguhan inilah yang menjadi sebab berlakunya siaran ulangan dosa2  yang dilakukan. Harapnya, peluang keampunan ini dapat dimanfaat dengan baik. Semoga mudah untuk taubat ini dimurnikan untuk kali ini..

...................................................................

Kata seorang sahabat, 'adakah kita main2 dalam bertaubat?' Sehingga diri kita masih mampu mengulangi kesilapan yang sama.. Kenapa? Kita menyesali dosa, tapi masih senang mengulanginya tanpa segan.

Saya tidak tahu jawapan itu. 

Mungkin, ia benar2 hadir dari hati yang tidak bersunguh2. Mungkin juga hati itu terlalu kesal saat itu, tapi ‘terlupa’ di saat lain. Mungkin, ‘bayangan’ kemurkaan Allah belum mampu mengetarkan hatinya. Mungkin, ‘nikmatnya’ dosa itu telah memadamkan nikmat kecintaan Allah dalam hatinya..

Mungkin.. Saya tidak tahu. Setiap jiwa, lain ‘kehidupan’nya.. Tapi, bagi insan2 yang memiliki hati2 sebegini.. Kita serupa. Malah, saya percaya, setiap jiwa hamba pernah merasainya walaupun sekali.

Kita telah menyulitkan, menzalimi diri sendiri dengan dosa2 sama yang diulang2. 

Namun, di saat begini, kesyukuran itu perlu.. 

Bersyukur kerana masih mampu menyesal. Menyesal dengan dosa..
Bagaimana dengan hati2 yang tak dapat sedar? Berkali2 jatuh ke jurang yang sama, namun masih ‘ingin’ jatuh kembali..

..............

Setiap kali kenangkan dosa, rasa menyesal. Setiap kali ingatkan taubat yang dimungkiri, rasa takut.. Masih dekatkah kasih dan ampunan Allah buat seseorang yang selalu melazimi dosa2nya?

Memang Allah itu Maha Pengasih.. Diri yang berdosa ini masih sudi dipujuk..:

Tetapi barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Al-Maidah: 39)

 “Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. Dan barangsiapa berbuat dosa, maka sesungguhnya dia mengerjakannya untuk (kesulitan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana..” (Surah An-Nisa’ 110-111)

 “Wahai orang2 yang beriman, Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni2nya, mudah2an Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai... (Surah At-Tahrim: 8)

“Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai , dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung. (Surah As-Saff: 10-12)

...............................

Buat jiwa yang bercinta menamatkan dosa2 ‘berbangkit’, mungkin salah satu syarat merasai kemanisan iman ini dapat membantu kita bertaubat..:

Benci mengulangi kejahatan seperti benci dicampakkan ke dalam api neraka

Dan juga amalan ini.. :

 “Tidaklah seorang lelaki itu yang melakukan dosa kemudiannya bangun dan membersihkan diri (berwudhu’) kemudian bersolat (solat taubat dua rakaat) kemudianya meminta ampun kepada Allah dengan beristighfar melainkan akan diampunkan Allah baginya (Hadith riwayat Imam At-Tirmizi dan Imam Abu Daud)


Diikuti doa ini.. :

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingati Allah ,lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu sedang mereka mengetahui  (Surah Ali-Imran : 135)


Dan doa taubat.. :

"Ya, Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau yang menciptakan dan aku hambaMu dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, ( yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku. dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan apa2 yang aku lakukan, aku akui (dengan sebenar-benarnya), nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa2 kecuali Engkau.."

.......................................................................................................................................