Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Thursday 10 May 2012

Doakan~


 * || Allah Maha Tahu, masa terbaik untuk memberi.. ||

................. 


Moga Allah tenangkan hati ini dan 
mudahkan segala persiapan 
diri, majlis dan IMAN.."
 
Sangat perlukan 
doa
nasihat/sokongan,
 dari mereka yang berkelapangan
untuk memberi..
♥ tambahan nikmat dari yang Maha Memberi..
redha dari yang Maha Mengasih..


............

** 
Ya Allah,
mudahkanlah dan redhailah
segala2nya.. 
di sebelum dan sesudah 
perancangan ini.. 
**



Tuesday 1 May 2012

~ Jemputan Majlis Perkahwinan~ (Afiq&`Izzati)



"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya, yang demikian itu, mengandungi keterangan2 yang menimbulkan kesedaran bagi orang2 yang berfikir.."
                                            (Ar-Rum 21)



Sabda Rasulullah.. :

'Ikatan dua hati itu', sunnah baginda..
Menikah adalah sunnahku, barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, ia bukan termasuk golonganku. Menikahlah kerana aku akan membanggakan jumlahmu yang banyak di hari akhir nanti.” (HR Ibnu majah dari Aisyah r.a)

Nikah + Taqwa = Sempurnalah agama...
 “Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti dia telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah dia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah.” 
 (HR Baihaqi dari Anas bin Malik)

................

Dengan izin Allah,
kami (Muhammad Afiq & Nur `Izzati),
ingin melaksanakan sunnah kekasih Allah ini
dan meraikannya bersama kalian yang dihargai pada
26 Mei 2012.

Justeru...


Dengan penuh rasa syukur dan rendah diri.. 
Dengan lafaz mulia, بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ..

Saya,  
Nur `Izzati 
ingin menjemput sahabat2 sekalian ke majlis perkahwinan saya bersama
Muhammad Afiq
pada: 
26 Mei 2012 bersamaan 5 Rejab 1433 H.
Di alamat:  
128, Jalan Mawar 1A, Taman Mawar, 060000, Jitra, Kedah. 

Jamuan makan:
12 tengahari - 5 petang 

Kepada  sesiapa yang tidak dapat hadir ke majlis di Kedah,
kalian dijemput hadir ke majlis di Terengganu
pada
2 Jun 2012
di
Lot 2136, Jalan Bunga Raya, 23000, Dungun, Terengganu 

Jamuan makan:
11.30 pagi - 5 petang

Turut mengundang:
Seisi keluarga 





Majlis dirancang penuh sederhana,
tanda syukur pada Yang Esa.
Wahai taulan, mari raikan..
kami menyambut penuh kesyukuran.. :)


***
Harapan terbesar kami, 
hadirkanlah doa kalian, 
seandainya jasad kita tidak diizinkkanNya bertemu.. 
Kerana, tiada yang lebih kami harapkan 
selain restu kalian dan redha Ilahi ke atas kami..
Moga kalian ikhlas menghadiahkannya
 buat kami...

Mohon doakan,
untuk keberkatan majlis ini
dan kebahagiaan dunia akhirat~ 
:)



** Moga Allah redha **