Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Monday 21 November 2011

'..kerana Allah..'

Untuk bersabar kerana Allah,
perlukan bantuan dari Allah...


"Kerana Tuhanmu, bersabarlah.."  (Al-Mudatthir:7)

Kita yang beriman, sedaya mungkin cuba 'memaksikan Allah' dalam setiap urusan.. Namun, bila sabar itu terasa terlalu berat, dan semakin berat, menadikan 'kerana Allah' dalam hati, bukan sesuatu yang mudah.. Mungkin kerana hati itu masih terlalu 'kecil' untuk menampung 'kapasiti' sabar yang diperlukan untuk menghadapi ujian yang semakin membesar..

Kerana itu, kita perlu lebih sedar, bahawa bersabar kerana Allah itu, bukan dalam 'bidang kuasa' kita, walaupun kita memilih untuk itu.. Tapi, ia adalah kehendak Allah, atas pilihan kita..

Sabar, bukan sekadar pilihan yang dibuat oleh hati manusia, tapi ia adalah satu anugerah Allah buat hamba pilihanNya.. Tak akan mampu bersabar, bagi jiwa2 yang ingin bersabar, jika tidak ditiupkan Allah dengan nikmat kesabaran itu..

Kerana itu, mohonlah kepada Allah, agar setiap hari, setiap detik, sabar dan redha itu menjadi salah satu nikmat yang sentiasa dilimpahkan kepada kita, seperti nikmat nafas yang masih dipinjamkan tanpa henti..

Dia, sentiasa hadir sebagai pemujuk yang Maha2 Setia:

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk."  (Surah al-Baqarah:45)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." 
(Al-Baqarah:153)



....................................................................................................................................................................

Rasanya tak susah pun bersabar kan, andai redha Allah itu ganjarannya..  :)

...

2 comments:

AA said...

salam kwn
dok watpa laa ni??

Nur said...

w'slm kwn..
masih setia di rumah, jd suri rumah tak bertauliyah.. hehe..
skrg, facing 1 ujian yang agak menguji..hu..doakan km..

waa..rindula kamu.. mcmna skrg? ok?