Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Thursday 1 August 2013

Kekasihku dan teman lelakiku.. :)

Here they are..
my two heroes~
^^

.....

Salam Ramadhan.

14 Ramadhan lepas,
`kekasih saya' bawa `teman lelaki' saya 
beriadah..
:)

Seronok tengok 
both of them luang masa sesama..
'Bonding moment' orang kata..
:)


Tq ayah..
sebab
ayah sayang dan ayah caring sangat
kat Umar..


Umar tahu, 
ayah pasang hajat dan impian besar pada Umar,
ayah letakkan harapan tinggi ayah pada Umar
ayah tiupkan Umar semangat yang kuat.

ayah harap,
 bila Umar besar  nanti,
Umar jadi hebat dengan Islam. 
Ibarat Saidina Umar,
dirinya mulia, hatinya lembut, dan pimpinannya tegas
kerana Islam.."

Moga Umar jadi anak soleh sayang! ^_^

Sunday 28 July 2013

Three words.. ^_^


the very famous 'three words'~ 
;)

Alhamdulillah...

Sudah 19 Ramadhan hari ini. Malam ini, menjelang lah 10 malam terakhir. Semoga kami mampu melakukan pecutan terakhir dan menjadi semakin tamak merebut peluang keampunan..

Alhamdulillah..

Ramadhan ini memberikan saya perasaan tenang dan bahagia yang amat mendamaikan hati. Ya, berkat kemuliaan bulan ini, Allah menurunkan terlalu banyak kebaikan. Kebaikan kepada hati dan jiwa juga, sehingga perasaan kasih sayang saya menjadi bersinar2..:)

Pernah tak dalam bulan Ramadhan, tetiba  rasa sayang kita pada seseorang lebih super duper berbanding bulan2 lain? Itu berlaku pada saya, Ramadhan ini membuka ruang untuk saya lebih mencintai kekasih hati saya :)

BUKAN saya berniat meninggi2kannya, apatah lagi berbangga dengan kebaikan2nya. Saya cuma ingin, BERSYUKUR dan menghargainya. Semoga dengan kesyukuran ini, Allah menambahkan nikmatNya kepada saya, dan semoga dengan secebis penghargaan, dia lebih menghargai..

Alhamdulillah..

Mungkin, berkatnya bulan ini,
menaikkan seri iman di wajahnya,
menambahkan aura ringan tulangnya,
menyilaukan lagi sinar manis senyumnya ;)
dan menyalakan kobar tarbiyahnnya..
and that's why la,
kenapa dia semakin menjadi penyejuk mata dan penenang hati saya~
hehe..

Harap2nya,
pada dia,
saya juga begitu~ ^_^

Friday 19 July 2013

Kami suke... :)


Allahu robbi~

Hari ini 10 Ramadhan 1434 H,
belahan jiwa saya 
telah memilih urusan lain 
yang dirasakan penting di matanya,
menandingi pentingnya kami berdua..

Tapi tidak mengapa, 
saya tidak terkilan,
kerana urusan itu juga penting di mata saya~
Malah, saya berbangga dan gembira untuknnya
kerana dia telah bijak memilih! 

Saya dan anak soleh kami Muhammad Umar Hakim,
bersedia dan rela
memberi ruang2 kebesamaan kami dengan ayah
kepada
dakwah dan tarbiyah..
:)

Tenang hati saya, dia berjaya 
mengharungi cubaan dan mengejar pahala yang besar.. :

”Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar.”
(Al-Anfaal : 28)

dan tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.. :


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(Al-Munaafiquun: 9)

Alhamdulillah~

.........

Saya tahu, dia gembira di sana..
Saya menjenguk 'catatan online'nya,
memang betul, 
dia tenang dan bahagia di sana..
ini tulisannya~
.
.
.


Subhanallah
Bayangkan bila anda dalam suasana sahabat-sahabat di sekeliling anda suci hatinya. Berusaha mengamalkan ajaran dan akhlak islam sebaiknya dalam kehidupan.
Hati yang jauh dari buruk sangka. Wajah yang sentiasa tersenyum dan menenangkan. Penampilan yang sentiasa dijaga kekemasan. Tutur kata yang ramah. Pagi dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Perjalanan pagi dimulai dengan tazkirah ringkas dan muhasabah diri. Zikir mathurat pagi hari tak ditinggalkan. Masa diisi dengan bacaan al-quran. Heh..da tentu tak ramai yang macam tu. Tapi usaha mereka tu yang menyenangkan dan mengajak diri sama untuk berusaha menambah baik akhlak dan amal diri.

.....................


Dan pagi ini, dia bagi pic. yang direquest oleh saya..

:)

KADER 2013
Klang

Ini tentatif programnya:


Menarik pengisiannya.
Jemput hadir2 sahabat2 seangkatan..
:)


*KADER: Kolokium Anjakan Daie Rabbani

.................

Moga,
kami sentiasa kuat untuk
selalu berkorban
dan
'berkongsi'
 seorang insan yang sangat kami sayang dan sangat kami perlukan.

Dan, semoga 
pengorbanan kami bertiga,
Allah ganjarkan dengan 
'pertemuan semula' di Jannah~
amiiin.. ^^

Rajinnya dia~ :)

Senyum 
dan terus senyummm..
;)


................

Dek kerana kebaikan seseorang pada 9 Ramadhan semalam,
diri saya seperti 
di'shower'2 dengan rasa gembira..
^_^
dicurah2 dengan rasa terharuuu....
>_<
dan dihujani dengan rasa syukur..
:)


Kerana adanya seseorang yang kepenatan,
(baru pulang mencari rezeki)
terus tolong tengokkan si anak soleh, solat 
dan.....
ke dapur untuk memasak!
sooo sweet to me
(as a fully housewife..)!
;)

thank you so much for ur help
and ur sacrifices..
i really appriciate it..

.
.
.
.
.
.


ini bukan masakan simple dari 
seorang yang kepenatan
dan bukan rutin hariannya memasak..
(walaupun juadah ini tetap ada campur tangan 'orang lain'..)
:)

............

Sebagai tanda penghargaan, 
ini hadiah untuk 
si dia yang rajin..
.
.
.
.
.
.


^^

...............

Mungkin ianya nampak biasa di mata orang lain,
tapi pada saya ia besar..

Kerana pada hari itu, 
saya tak pernah kisah pada 
juadah pilihannya, rasanya dan rupa masakannya..
Tapi hati dan perasaan saya tertumpu pada
penatnya, pengorbanannya, usahanya dan senyumannya..

Dia suami, dia ketua, 
walaupun dia boleh menggelak dari kelelahan ini
tapi dia telah memilih untuk berkorban..
Itu yang saya maksudkan..
pengorbanan dan..
cinta mungkin!~
>_<

.........

"Semoga Allah menganjarimu dengan pahala yang banyak,
kerana telah memujadahkan diri menuruti sunnah kekasihNya" :)