Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Friday 29 July 2011

Welcome.. :)

Kami selalu menantimu..


Dalam 3 hari lagi, tetamu yang dah setahun tak menjenguk saya dan keluarga akan datang.. Tak sabarnya.. Tetamu ni bukan calang2, sentiasa bawa bersama 'buah tangan' yang tak siapa pun boleh bagi.. Dia membawa sesuatu yang kami semua inginkan, setelah setahun dibuai lara dunia.. (".)

Dia datang membawa rahmat, dia hadir menawarkan keampunan, dia berkunjung meng'offer'kan pembebasan api neraka.. 'Siapa'kah dia? Bulan pernuh barakah.. Ramadhan Kareem..

Tetamu teragung ini bakal berkunjung. Apa persiapan yang perlu dibuat? Bukan seperti tetamu lain, ia tak perlu diraikan dengan makanan dan keadaan rumah yang selesa. Cukup sekadar menyediakan hati untuk benar2 bersedia menerima kehadirannya.

Hati perlu disediakan untuk 'menghayati' dan memanfaatkan segala ganjaran yang ditawarkan pada bulan ini. Tawaran yang mungkin terakhir dalam hidup.. Perlu persiapan rapi untuk meraikannya..

Cukup bersediakah hati? Cuba menilai keadaan:

Iman. 

Dah cukup kuatkah untuk menghiaskan 30 hari Ramadhan dengan ibadah tanpa henti? Dari pagi sampai malam, sentiasa mengharap redha Allah, tak ada satu detik pun tersia tanpa ganjaran pahala dari Allah. Dah sedia bertarung dengan nafsu untuk memenangi hati? Teguhkan mujahadah wahai iman, semoga berjaya.. :)

Sabar.

Sudah tinggikah kedudukan sabar di hati? Mampukah mengatasi rasa marah, penat, lapar.. 30 hari perlu bermujahadah melawan nafsu untuk bangun qiam mengharapkan maghrifah Allah.. Cukup bertahan? Wahai sabar, terlalu banyak Allah mendidikmu agar terus teguh bertahan.. Ramadhan tanpa 'musuh', rasanya lebih mudah bagimu.. :)

Malas, manja, bertangguh..

Wahai malas, manja, bertangguh.. Kalian tidak diperlukan untuk meraikan kehadiran bulan ini... -_- Malah, hari2 lain pun tak diperlukan, sebab susah nak singkirkan la kalian masih ada dalam diri .. (".) Tapi untuk mengoptimumkan penggunaan bulan ini, kalian perlu pergi jauh2..(`',)

Tenang, Taqwa, Ihsan..

Rasa2 ini, diharapkan mampu disuburkan dengan sesubur2nya. Mengharapkan tetamu ini meninggalkan kami sekeluarga dengan tingkatan taqwa, ketenangan jiwa, dan keupayaan merasai ihsan.. Mungkin kali ini saja peluang untuk merasai ketiga2 rasa ini dengan sepenuh hati.. 

Tinggi harapan kami semua untuk meraikan kehadiranmu wahai Ramadhan.. Walau kami adalah manusia akhir zaman, yang tak mampu betul2 menghayatimu, tapi kami jua hamba. Hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keampunan Allah. Kerana itu kami akan berusaha sedaya mungkin, menghayatimu sepenuh dan sedalam hati kami, manusia2 agung terdahulu, kami jadikan teladan untuk menyambut hadirmu..

Semoga engkau gembira 'menziarahi' kami..

Ya Allah, dalam beberapa hari yang berbaki ini, sampaikan kami pada Ramadhan...

............................................................................................................................

(entah kenapa, rasa berdebar menyambut kehadiran Ramadhan kali ni..)




Sedih + Kecewa + Terkilan = (^_^)


Sedih.
Satu nikmat dari Ilahi, buat insan merasai  derita,
Didikan Allah, untuk memperkasakan diri..

Kecewa

Ketika kecewa dengan manusia, baru kita sedar, betapa ada cinta yang tak pernah mengecewakan.. Selama2nya..

Walau seorang sahabat yang sangat kita sayangi dan menyayangi kita, tetap juga akan membangkitkan rasa sedih di hati kita.. Mungkin juga dilakukan tanpa sengaja, tanpa niat.. Hakikat hidup sebagai insan, pasti akan menyakiti dan disakiti.. Itu fitrah menjadi insan.. Fitrah sebagai hamba..

Kerana apa?

Kerana yang bergelar hamba akan sentiasa di’hias’ dengan kekurangan dan kelemahan. Terkadang, sengaja Allah membuka kekurangan dan kelemahan itu dimata kita ketika sayangnya kita pada insan itu semakin meninggi.. Kerana Allah ingin menegur kita, sejauh mana sayang kita pada sesiapa pun, hanya Dia yang selayakNya dicintai.. Hanya Dia.

Tapi...
Selama hayat masih didampingi insan, tak mungkin kita dapat lari dari berkasih sayang dan sesekali terkilan dengan insan2 sekeliling. Malah, insan adalah anugerah terhebat buat yang bergelar insan untuk jiwa berasa tenteram dan aman.. Jika tidak, mana mungkin Allah menciptakan Hawa untuk Nabi Adam, pendamping dan peneman hidup di Syurga..

Terkilan

Jadi, andai saat ini ada hati yang terkilan dengan hamba Allah yang bergelar 'insan',  fikirkan kembali sebab kedatangan insan tersebut dalam hidup. Allah sengaja menghadirkan dia sebagai asbab untuk kita merasai didikanNya.. 

Fikir sedetik, dia hanya seorang hamba yang diutus untuk menjalankan peranannya  dalam hidup kita sebagai 'seseorang'. Dia menjalani hidup sama seperti kita,  menyusuri takdir yang telah tersurat. Pasrah menjalani perjalanan yang tertulis di Lauh Mahfuz. Sama seperti kita, tidak pernah mengharap sebarang kesilapan, apatah lagi kesilapan yang bakal menyakitkan hati sahabatnya sendiri.

Dia menjalani detik hidup, melakukan sesuatu atas ketetapan, ketetapan Yang Maha Bijaksana. Oleh itu, ketika kita disakiti, itu kehendak Allah.. Cara Dia mendidik jiwa untuk lebih kental menghadapi dunia yang lebih payah kelak. Dia Maha Tahu sejauh mana hati kita perlu 'disakiti' untuk menjadikannya kuat bagi menghadapi hari esok yang jauh lebih 'mendung' dari hari ini.

................................................................................................................................................................
Wahai hati yang terkilan, 
Selama mana perlu terus-terusan begini?, 
Pilihlah, 
antara derita menanggung rasa terkilan atau bahagia merasai ketenangan?

Hati ini juga pernah terkilan,
Pernah terpalit duka dan benci,
Namun atas rahmatnya
Ku sedar, ia hanya mainan syaitan buat hati menjadi gundah,

Bukankah Allah telah berfirman, 
"Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"

Justeru, hati ini sentiasa cuba hadirkan Dia dalam setiap rasa yang lahir..
Semoga kehadiranNya mampu melebur setiap rasa2 hati yang tidak senang.
Semoga diriku mampu menjadi seorang hamba yang sentiasa berbaik sangka,
Seorang yang 'optimistic'..
:)

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Surah al-Hujurat: 10)

..............................................................................................................................................................

Ketenangan memaafkan.. Ubat penenang buat jiwa yang telah terkesan dengan racun 'disakiti'..
 
Jom, sama2 maaf memafkan.. :)