Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Tuesday 26 June 2012

Sebulan sudah~ :)




Sudah sebulan 
'dipinjamkan' kekasih hati... :)

 ^^
Terima Kasih Allah.. 


Alhamdulillah... Terima kasih Allah, kerana mengizinkan diri ini semakin hari, semakin tambah bersyukur akan segala nikmat pemberianMu..

Antara nikmatMu yang paling disyukuri saat ini, (dan akan tetap mensyukurinya selama2nya, insyaAllah..) adalah nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku melalui seorang hamba pilihanMu yang kini telah sah bergelar pemimpin hidup ini...

.........................

Setelah genap sebulan menjadi isteri.. Saya bersyukur kerana kini, saya telah mampu  membenarkan dengan seyakinnya akan satu firman Allah: "Jika kamu bersykur, akan Aku tambahkan nikmat...." 

Benar..
Dia menambah nikmat atas nikmat, 
apabila kita menerima nikmatNya dengan kesyukuran..
Subhanallah, Maha Pemurahnya Dia.. 

Alhamdulillah.. Sesungguhnya semua ini dariMu.. Semoga nikmat2 ini kekal untukku, dan semakin bertambah dengan rahmatMu..

........

Wahai Allah, terima kasih kerana telah mewujudkan segala mimpi ini..

Terima kasih akan hadirnya.. Semoga cinta ini kekal dalam redha Allah hingga ke syurga.. 





" Ya Allah,
 jadikan kehidupan kami bersama 
sentiasa dalam redhaMu.."

Ya Allah,
Jadikan kehidupan kami akan datang,
sentiasa bahagia 
seperti bahagia yang Kau kurniakan
 di hari2 awal pernikahan ini.."

...........

Alhamdulillah,
akhirnya dapat juga mengiakan kata2:

Manisnya bila bercinta lepas kawen,
bertambah manis bila ianya kerana Allah.. :)

Alhamdulillah..