Pada laku ini,
Di nilaianNya: Dosa atau pahala?
Sabda insan utusan:
"Mintalah fatwa dari hatimu.."
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
"Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya." (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: "Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: "Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan?" Aku berkata: "Ya." Baginda bersabda:
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: "Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda: "Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan?" Aku berkata: "Ya." Baginda bersabda:
"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu." (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).
Peringatan khas buat diri, diri, diri
dan sahabat yang jauh di sana..
Semoga hati kita cukup bersih,
untuk menjadi wakil bagi setiap amalan, pemandu dalam segala urusan..
Mintalah fatwa dari hatimu, kawan..
Semoga Allah mudahkan jalan2 kebaikan buatmu.. :)
......
2 comments:
mintala fatwa dari hati..Alhamdulillah. nice sharing ya ukhti..;)
Alhamdulillah, semua dari Allah, buat peringatan bersama.. :)
Post a Comment