Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Tuesday 23 August 2011

Kalah yang memenangkan..



Kalah --> Menang
Menang  --> Kalah

Satu kisah..


Pada  suatu hari, seorang bapa telah mengadu kepada Saidina Umar atas sikap derhaka anaknya. Lalu Saidina Umar meminta anak itu datang kepadanya. Sewaktu anak itu mengadap, dia bertanya:

Apakah hak bapa kepada anaknya?

Umar menjawab, 

Ada tiga. Pertama memilih bakal ibu yang baik untuk dinikahi. Kedua, memberi nama yang baik kepada anaknya. Ketiga, mengajarkan kandungan al-Quran (Islam)”.

Lalu anak itu menyambung, 

Bapaku telah mengabaikan ketiga-tiga hak tersebut. Ibuku seorang perempuan Qibti dari  keturunan Yahudi. Namaku pula adalah nama sejenis kumbang kelapa. Bapaku pula tidak pernah mengajarkan aku ilmu agama”.

Umar lalu berpaling kepada si bapa dan berkata,

Engkau telah derhaka kepadanya sebelum  dia derhaka kepadamu”.

....................

-- Tentang hak --

Satu pengajaran buat diri, buat diri, dan buat diri: 

Fahamilah peranan diri dalam melunaskan hak orang lain, barulah kamu layak untuk memperkatakan tentang  hak2 kamu di bahu orang lain..

............

Silap diri..

Dalam banyak perkara yang tersilap / saya tak suka, saya selalu salahkan orang lain.

Susah nak terima hakikat salah diri, lebih selesa rasanya kalau orang lain merasakan saya ‘betul’..

Saya kagum dengan mereka yang selalu 'menang'.. 'Memenangkan' diri di hadapan Allah, dengan mengalah di hadapan manusia.

Mereka sanggup mengalah, kerana kerendahan hati sentiasa membenarkan setiap kesilapan diri, biarpun kadang2 ia bukan la betul2 salah mereka. 

Merendahkan diri di hadapan manusia sebenarnya telah meninggikan diri kita di sisi Allah. 

Sebaliknya, dengan meninggi2kan diri di hadapan manusia, tanpa kita sedar, malaikat2 di sisi kita sedang merendahkan kita dengan sikap buruk dan ego yang dicatatkan di buku catatan amalan. Dan Allah yang memerhati lagi Maha Mengetahui, tentu tak suka dengan sikap kita itu..

................

Peringatan buat diri..

Kena usaha  menyemak kembali segala perilaku diri ke atas orang lain, bila:

- Terasa seperti disakiti/dizalimi.
- Kerja2 tidak dihargai/Keikhlasan teruji.
- Rasa sedih atau terkilan dengan sikap2 orang.
- Rasa terbeban bila membantu orang..

Kerana hakikatnya, 

kesalahan diri lah yang selalu menyakitkan kita kembali. Individu yang terlibat itu hanya agen menyampaikan kifarah buat diri.. 

....................

Sekadar bermuhasabah diri dengan beberapa sikap yang tak diingini, sikap2 tak soleh yang ada bibit2 nak tumbuh dalam diri..

Sebelum terlambat, ada baiknya buat cubaan2 untuk singkirkan.. :)

Semoga Allah mudahkan........

....................................................................................................................................
 
... Semak diri dahulu, sebelum semak orang lain ...

Boleh izati? (“,)

2 comments:

aLiaFar said...

tiba2 sy rasa betapa byknya silap saya slma ni :'(
terima kasih izzati kerana mengingatkan

Nur said...

Alhamdulillah, semua dari Allah..
Rindu la kat alia.. :)