Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Friday 17 February 2012

Merindui kalian: Sahabat2 'pelbagai status'.. :)

Merindui:
Mereka yang 'sebaya'
tapi..
lain status sudah...
:)
(sebahagiannya..)

...........

Sama usia,
lain peribadi,
lain takdir,
lain susunan masa depan..

kerana kelainan itu,
 kita semua menjadi berbeza..
dan perbezaan itu,
adalah ketetapan Allah,
untuk kita
menjadi unik dengan kelebihan masing2..

Sahabat2 ku..
yup, mungkin diriku agak 'pendiam'
(kadang2..)
sukar berkata2
kurang meluahkan..
tapi hati ini
hakikatnya tak pernah diam bila 
memikirkan @ mendapat berita2 baru dari kalian..

So, dikesempatan ini..
ku ingin 'lepaskan'
kata2 yang terbuku di hati..
(terbuku setebal kamus sudah.. hu)

Bagi yang membaca,
terima kasih sudi menjengah ke sini..
Bagi yang tak baca,
ini harapan dan doa buat kalian..
:)


Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Cerita walimah, berita kelahiran.. Kedua2nya merupakan peristiwa gembira dan membahagiakan.. Kedua2 berita ini lah yang menjadi penghias seri tahun ini..  :)

Tahniah pengantin2 baru: Syafikah, Sukainah, Sha..
Tahniah si ummi baru: Maryam..

Cerita walimah dan berita kelahiran ini, membuatkan saya teringin untuk berkongsi sesuatu... Sesuatu yang terlintas di fikiran. Buat kita: saya dan kamu yang bergelar muslimah.

...........................

Hari makin hari, diri kita semakin dewasa, semakin matang.. Dan diri yang dewasa itu, saya percaya sering memikirkan dan berhajat pada sebuah kehidupan masa depan yang sempurna sebagai seorang wanita.. :) Ia satu petanda, diri itu memiliki kesempunaan dalam membuat pertimbangan untuk memilih kehidupan yang lebih baik dan lebih diredhai..

Jiwa dewasa itu, menjadikan saat2 kehidupan ketika ini sebagai satu tempoh masa yang kritikal untuk berfikir dan membuat keputusan. Keputusan dalam memilih 'jawapan' untuk kehidupan akan datang.

Dan, ramai sudah  sahabat2 saya yang telah berhadapan dengan pilihan dan telah membuat pilihan dalam hidup.. Mereka telah memilih seorang pepimpin harapan dengan jawapan istiqarah.. Membuat pilihan berdasarkan iman, untuk masa depan iman mereka juga..

Ya, saya tumpang gembira dengan hari-hari bahagia mereka. dan turut merasa bahagia bila hidup mereka dilengkapkan dengan gelaran ummi, ibu, mak, mama.. :) teman sekelas, rakan seperjuangan, yang telah dikurniakan kehidupan berkeluarga.. Subhanallah! Ketentuan yang sangat indah buat mereka..

Memikirkan semua ini, fikiran saya melayang pada kenangan dahulu dan realiti sekarang.. Teringat pada sahabat2 teman sepermaian dan sepengajian..  Dulu, sama2 'bermain'.. Tapi sekarang, alhamdulillah, sebahagian dari mereka telah menuruti sunnah dengan baik.. Sebahagian lagi pula bakal menyusul.. Semua ini membuatkan saya bertasbih dan bertahmid pada Allah, yang menyusun semuanya dengan cukup sempurna.. Sahabat2 saya telah menyahut 'seruan baitul muslim'! :) Subahanallah.. Cepat sungguh masa berlalu..

.......................

Buat sahabat2 yang telah bergelar ibu..  
(hajar, hafsah, juwairiyah, fatimah, fatin, maryam..)

Tahniah, dirimu telah dianugerahkan Allah, merasai kehidupan yang sempurna sebagai seorang wanita.. Didik dan bersikap ihsanlah kepada anak2, mereka anugerah yang tak ternilai di dunia ini.. Semoga putera puterimu kelak membesar dengan baik sebagai pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa, menjadi penyejuk mata dan penenang hati kita semua dan sumber pahala yang berterusan buat dirimu..

Buat sahabat2 yang bakal bergelar ibu..
(salimah, nabihah..)

Semoga sentiasa kuat fizikal dan rohani dalam mengandung dan 'mendidik' ruh yang baru ditiup dalam rahimmu. Semoga setiap detik, dirimu merasai keindahan 'mengandungkan' satu nyawa yang berikrar pada Allah akan mengabdiannya, menerima doa dan zikir dari makhluk2 bernyawa di dunia ini.. Tahniah, rahimmu telah dipilih untuk mengikat janji dengan Yang Maha Esa.. Semoga menjadi ibu yang penyayang kelak, penuh cinta dan kasih pada anak2.. :)

Buat sahabat2 yang bergelar isteri..
(syafikah, sha, sukainah, afeefah, atikah, ummu aiman, ummu hani, una dan ramai lagi..)

Tahniah, telah dipilih Allah untuk mengaut redhaNya dalam sebuah ikatan yang diberkati.. Jadikan baitulmuslim yang telah dibina itu sebagai sumber pahala, sumber ketenangan dan kebahagiaan.. Berbahagialah, bersyukurlah.. Kerana telah berjaya menjadi sayap kiri buat si dia, mujahid di jalan Allah.. Semoga dirimu berjaya dengan cemerlang untuk menjadi sayap yang turut meninggikan kedaulatan agama Allah, penyejuk mata, penenang hati suami.. :)

Buat sahabat2 yang bakal bergelar isteri..
(nasirah dan husna mat isa..)

Teguhkanlah mujahadah dalam ikatan perjanjian yang masih belum menghalalkan apa2 untukmu.. Ruang waktu ini penentu kemanisan yang bakal kalian kecapi. Jangan sia2kan keindahan yang bakal dibina kelak dengan dosa2 fikiran dan hati yang dibisikkan syaitan.. Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.. Tinggalkanlah sesuatu yang dibenci Allah, nescaya Allah akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik untukmu.. Semoga berjaya membina ikatan yang halal dengan cara yang baik lagi diredhai.. :) Semoga Allah berkati dan lancarkan majlis walimatul urus nanti..:)

Buat sahabat2 yang masih belum atau masih menunggu 'seruan' itu...

Ia bukan soal lambat atau cepat. Bukan jua satu ujian yang teruk.. Tapi ia tanda kasih sayang Allah.. Kerana apa?

Kerana kalian sebenarnya dipilih untuk berada dalam acuanNya.. Allah 'menahan'mu dalam satu siri 'memperindahkan peribadi', supaya dirimu kelak memasuki gerbang yang dinanti itu dengan hati yang penuh bersedia, peribadi yang cukup indah.. Pasti beruntung bakal pemilik dirimu.. kerana memiliki hati yang benar2 dididik dan dihias secantik2nya.. :)
Siapa kata lambat itu tidak baik?
Allah saja tahu, rencana yang disusun khas untukmu.. :)

Dan,

Kepada sahabat yang masih 'menjauh hati' atau 'mengelak diri' atau ragu2 atau sedang 'dalam istiqarah'..

Jangan berhenti berfikir dan berfikir.. Fikirlah tentang masa depan hidupmu. Bukan sekadar berfikir  tentang masa depan sebagai seorang wanita atau sebagai insan yang akan meningkat usianya, tapi fikirlah masa depanmu sebagai seorang hamba.. Yang hidup masa depannya dituntut untuk menuruti sunnah, mengharungi gelombang fitrah dan naluri dengan ketenangan dan kebahagiaan. Tentunya pasti, kehidupan berumahtangga bukan selalu indah, tapi jangan jadikan ia sebagai satu alasan menolak fitrah, mengetepikan sunnah. 'Kekecewaan masa lalu' juga bukan selayaknya menjadi alasan. Ia satu pengalaman yang mematangkan jiwa dan perasaan..

Sentiasalah ingat wahai sahabat, hidup masa depan kita sangat memerlukan:
- Sebuah takungan ketenangan untuk kita hirup setiap hari bagi menghilangkan dahaga dalam haru biru dunia.
- Sumber pahala yang 'kekal dan stabil' untuk sentiasa dikutip bagi menambahkan timbangan akhirat
- Satu jiwa yang sentiasa ada untuk kita berkongsi rasa, lengkap melengkapi, dan untuk memimpin hati kita yang dikatakan rapuh.
- Dan yang paling penting, semua ini sangat diperlukan untuk kita merasa lebih bersyukur dan bertambah bersyukur atas nikmat Allah dalam 'pembinaan masjid' itu kelak...

.......

Hu.. Nasihat dari seseorang yang tak berpangalaman dan cetek ilmu..  Sabda junjungan kita,  Rasulullah s.a.w: "Sampaikanlah walaupun satu ayat.." So, terimalah luahan dan maksud hati yang disampaikan ini..

Mudah2an Allah terima sebagai satu amalan dan sebagai sebuah doa buat sahabat..

........

Buat dirimu dan diriku, muslimah..
Kerana sedar kita 'mawar agama',
maka, ku titipkan doa di sepanjang nafas ini..
Semoga kitalah penyejuk mata dan penenang hati seisi dunia,
perhiasan terbaik seluruh alam..
'Si wanita solehah..'
:)


Sunday 12 February 2012

Turn to Him..


Sweetest feeling in ♥,
when Allah is the only one I rely on~ 

.....

Ketika diuji, diriku perlukan doa..
dari diri sendiri
dan dari kamu sahabat..

Kerana sumber kekuatan hanya dari Allah lah,
diri ini sangat bergantung padaNya 
sentiasa dan selamanya..

Ujian kami, kesilapan..



silap = gagal?


Kata2 seiring akhlak dan peribadi.. :
'Perbaikilah diri dan ajaklah bersama orang lain'..

Sentiasa merasa diri kecil,
sedangkan ilmu dan iman sangat tinggi berbanding kami..

Mereka..

Tak perlu kobarkan kelebihan diri untuk dikenali, Allah dah sebarkannya dengan penuh penghormatan.

.......

Cita2 tahun baru saya mudah..  (mudahkah?. mudah menyatakan ,tapi sukar merealisasikan..)

Ingin mencontohi mereka. Biar susah dan lambat, tapi tekad untuk menjadi lebih baik itu akan sentiasa tersemat dalam diri. Azam saya.. :

Akhlak mereka, peribadi mereka, dan amalan  mereka, akan sentiasa menjadi perhatian mata ini, pedoman hati ini, dan impian iman ini.. InsyaAllah..

...........


Saya ada beberapa kenalan, sahabat dan teman.. Yang bersama dengan mereka, buat saya sedar betapa 'kecilnya' diri. Merasa 'tinggi' kadang2, hilang bila melihat akhlak mereka. Mereka jauh2 lebih baik, lebih dekat dengan Allah pastinya jika nak dibandingkan dengan saya.. Tapi sentiasa merendah diri..

Cukup, hanya sekadar menjadi diri sendiri, membentuk peribadi dengan baik, mereka berjaya menarik hati saya. Tak perlu kata2 yang hebat, atau usaha yang padu untuk cuba menunjukkan 'jalan yang betul' dan peribadi macamana yang perlu saya bentuk dalam diri untuk diredhai Allah..

Kehadiran mereka, sangat saya rasai dalam kehendakNya memakbulkan doa yang saya panjatkan saban hari, agar dikurniakan kekuatan dan kemudahan untuk saya memperbaiki diri.. dan permintaan itu dimakbulkan.. Diutuskannya beberapa insan yang membentangkan peribadi dan contoh2 amalan yang sempurna untuk saya secara langsung mengambil tauladan dan hikmah dari mereka.. Tentu sekali, utusan terhebat dan termulia itulah yang mendidik mereka melalui teladan.. "Ya Rasulullah, akhlakmu sungguh menyenangkan hati, memudahkan kami meniru laku terbaik untuk dicintai Allah S.W.T"

Sepanjang usaha ini, (sama macam jiwa2 lain yang sedang dalam usaha pembaikan) saya merasa sedikit lelah. Lelah, kerana acap kali 'gagal' itu menghambat fikiran saya. Namun, dengan kasihNya, Dia membuatkan saya sedar pada kesilapan saya dalam menilai.. Untuk menjadi lebih baik, tiada istilah gagal. Setiap kelakuan yang kita tersilap mengulanginya dalam menjadi lebih baik, bukan dikira sebagai gagal, tapi ia satu proses normal..


Ia ujian bagi mereka  yang inginkan pembaikan. Seperti pesakit diabetis, ujian mereka adalah gula. Begitu juga bagi jiwa yang menginginkan kebaikan, ujian mereka adalah kesilapan..

Ia didikan langsung dari Allah, untuk membantu kita membaiki diri.. Jika berubah itu mudah, sekali berhajat, terus jadi realiti, tentu saja perubahan yang kita peroleh itu tiada nikmatnya. Bukan mudah nak jadi baik kan? Kalau mudah, tentu saja syurga itu tiada nilainya.. Kerana syurga itu kenikmatan tertinggilah,  hanya usaha tertinggi yang melayakkan pelakunya mewarisi tempat penuh kenikmatan itu..


Justeru, jika ujian 
mereka yang kaya adalah harta,
mereka yang hebat adalah kedudukan
mereka yang cantik adalah pujian..
maka ujian kami yang ingin berubah adalah
kesilapan...

dan seperti janjiNya..
apabila datangnya ujian,
bersama dengannya adalah kemudahan...

.................................

Penolong terbaik itu,
tak pernah berhenti membantu kan..
So, just keep moving forward.. :)