Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Monday 8 August 2011

Jom menabung amalan..



Jom menabung amalan~
Buat bekalan di 'masa hadapan'..

Sebuah perkongsian menyedarkan saya. Rupanya, usaha membanyakkan amalan, bukannya kerja yang mudah.

Mungkin kita rasa sudah banyak amalan yang kita lakukan sepanjang hidup ini.

Tapi hakikatnya, amalan2 yang kita lakukan itu mungkin saja tak cukup dan tak mampu dijadikan bekalan untuk membebaskan diri kita dari api neraka nanti. Kerana amalan2 tersebut mungkin hanya dapat digunakan sekadar penghapus dosa2 yang telah kita lakukan. Mungkin juga ‘terlupus’ dek dosa kita pada orang lain..

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari khiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakannya serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam neraka. (Hadis riwayat Muslim)

Subhanallah..

Rugi kan? Segala amalan yang kita rasa dah banyak kita buat rupanya sia2 semuanya. Tak mampu membantu kita, menjadi hak milik orang lain. Malah, lebih malang lagi, dosa2 orang lain pun terpaksa kita tanggung.. Itu tak kira lagi dengan berapa banyak dan besarnya dosa yang dilakukan oleh orang2 yang terpaksa kita tanggung tu.. Memang teramat muflis hamba2 sebegini. (Ya Allah, lindungilah kami dari tergolong dalam golongan ini..)

............................

Semua pahala amalan yang menjadi bekalan orang lain itu adalah dari amalan2 kita yang diterima. Macamana pula dengan amalan2 kita yang berbaur riak, ujub, takabbur? Atau amalan2 yang tak mampu diikhlaskan kerana Allah..?

Ya Allah, bila renung kembali.. Tak ada apa yang dapat diharapkan dari amalan yang teramat sikit yang dah dilakukan sepanjang hayat ni. Mungkin saja bila Allah panggil roh ini kembali padaNya saat ini, tergolong juga saya dalam golongan mereka yang muflis.. Nauzubillah..

...........................

Dari perkongsian ini,  saya dapat satu pengajaran..

Kita tidak boleh hidup sekadar berpuas hati dengan amalan2 yang dilakukan. Dan juga tidak boleh memandang remeh segala amalan kebaikan dan kejahatan walaupun kecil..

Amalan perlu ditingkatkan kualiti, kalau tak nak rugi di sana nanti..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra'd: 11)

Justeru, untuk lebih menjamin diri  dari menjadi muflis di sana nanti,  mungkin kita boleh berusaha untuk menjadi sebaik2 manusia..:

Rasulullah SAW bersabda:

 "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga manfaat  diri yang ditaburkan pada orang lain, mampu sedikit sebanyak membantu kita membanyakkan tabungan amalan. Dengan syarat, usaha ini perlu benar2 diikhlaskan hanya untuk Allah, supaya ia diterima. Dan perlu dielakkan daripada menyakiti hati orang, mencela, memakan harta orang lain, dan sebagainya (seperti dalam hadith), supaya ia tidak lagi 'dibazirkan' kepada orang lain..

Semoga dipermudahkan usaha ini.. Semoga Allah redha..


No comments: