Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Monday 9 April 2012

Syukuri nikmat 'wanita'..

.. Terima kasih Allah,
atas hadiah
'menjadi wanita'..

...........

Wanita itu..

Tidak lagi ragu pada Maha Adilnya Allah,
kerana hatinya telah mengakui
betapa adilnya Allah pada setiap perbezaan yang Dia ciptakan..

Dia tidak lagi mempertikaikan keadaan dirinya sebagai perempuan,
sebaliknya dia bahagia disempurnakan naluri kewanitaan..

Dia tidak sekadar bersyukur kerana dia perlu bersyukur, 
tetapi kini dia bersyukur dengan menghayati benar harga pemberian itu..

Dia tidak lagi memaksa dirinya berbaik sangka pada ketentuan Allah, 
kerana dia telah mengakui dengan sepenuh hatinya, bahawa Allah itu memang Maha Baik..

Tak putus dia bersyukur..

Ya Allah..
terlalu indah rasanya,
memiliki hiasan kelembutan pada tingkah ini,
dibaluti rasa malu pada peribadi,
dihalusi perasaan sensitif dalam jiwa,
ditanam rasa kasih yang mendalam pada insan2 di sekeliling..

Apatah lagi ya Allah, seandainya Engkau sempurnakan peranku sebagai wanita..
dengan izinMu jua,
aku akan menjadi penyejuk mata dan penenang hati bagi mujahidMu..
aku akan dianugerahkan naluri keibuan dan rasa kasih pada khalifah2Mu..
aku akan diberi peluang untuk berbakti pada agamaMu dengan sentuhan lembut dan didikan hikmah dariMu melaluiku..
dan dengan kudratku yang terbatas, aku jua mampu sebanding dengan lelaki2 para syuhada' itu..

Ya Allah, indahnya menjadi wanita..

Hanya sujud padaMu menjadi luahan kesyukuranku..

Kini, tidak lagi ku rasai kelemahan diciptakan sebagai wanita..


Alhamdulillah..

...........

No comments: