Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Wednesday 25 April 2012

Mudahkan qiam..

 ..Jom tahajjud..



Seseorang pernah bertanya kepada Imam Hassan Al-Basri:
“Mengapa orang2 yang mendirikan qiamulail, wajah mereka berseri2?”

Jawab beliau:
“Ini kerana mereka sentiasa berdua-dua dengan Allah di malam hari, dan Allah menyimbahkan cahayaNya ke wajah  mereka”


Amalan untuk memudahkan qiamulail
(Perkongsian dari:  Muqaddimah- TV 9) 

1. Niat
- Kekuatan niat: Niat akan memudahkan kita melaksanakan amalan – contoh: puasa
- Kalau terlepas sekali pun, dah dapat pahala qiam kerana dah niat
 
2. Jangan /Elakkan makan banyak ketika sebelum tidur
- Rasulullah bersabda: “Jangan kamu makan banyak, nanti akan tidur banyak, kemudian kamu akan rugi banyak”
- Kami makan bersama dengan Rasulullah sebelum maghrib - Maknanya, makan heavy kena sebelum maghrib
- Kalau makan banyak, kebarangkalian untuk qiam sangat rendah.

3. Elakkan buat kerja yang berat2 di siang hari
- Terpaksa guna tenaga - Tidur lena di malam hari
- Tapi untuk buruh kasar- Rasulullah bersabda: “ Siapa yang tidur di malam hari kerana berkerja keras untuk mencari rezeki yang halal, tidurnya tidur yang menggugurkan dosa..”

4. Qailullah
- Tidur sebentar sebelum zohor
- Penting:  Membantu kita untuk jaga tengah malam (sebab dah tidur siang) - Shift tidur.
- Tidur sebentar sebelum zohor ibarat bersahur untuk berpuasa

5. Menjauhi dosa di siang hari
- Jika tak istighfar - Dosa mata melekat kat mata- Susah nak bangun
- Bertaubat dengan segera - Senang bangun

6. Bersihkan jiwa, sanubari dan hati dari sifat2 mazmumah
- Bersih, jangan ada dendam kat orang
- Ada sifat dengki, dendam - Susah nak qiam
- Istighfar, zikir – ‘berus hati’.. - jangan sampai hati hitam, nak masuk cahaya Allah untuk qiam susah..

7. Kunci jam
- Mesti.

 ...........

* Lalai ketika berzikir lebih baik daripada lalai untuk berzikir..
(Perkongsian dari: Tanyalah ustaz)


  Selamat beramal :)


       

No comments: