Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Sunday 15 April 2012

Prasangka itu dosa?

Kadang2,
apa yang kita rasa salah itu tak semestinya salah,
dan apa yang kita rasa betul itu tak semestinya betul..
Apa yang kita rasa baik itu tak semestinya baik,
dan apa yang kita rasa tak baik itu tak semestinya tak baik..

.................

AKAL yang sebatas cuma,
tak kan mampu menjangkau setiap hikmah
yang tersembunyi dalam hidup..

Namun,
kita ada HATI,
untuk membenarkan segala nikmat Allah
dalam sebuah ujian..

Bila hati REDHA,
segala pinjamanNya pada ruh dan jasad ini
akan tunduk merelakan..

................

Dalam kita terlalu asyik 'memikirkan'
AKAL yang sebatas itu kadang2
hanya bermain prasangka..

Dalam kita terlalu asyik menilai,
menghukum peribadi manusia,
kita LUPA, manusia itu
mungkin jauh lebih baik dari kita..

.....

Diamnya mungkin tanda protes di mata kita,
tapi hakikatnya dia diam kerana patuh pada Allah..

Tindakannya mungkin salah di mata kita,
tapi hakikatnya dia bertindak kerana taatkan Allah..

Kita...
TIADA hak untuk menilai..
kerana
'tulisan' dalam hati setiap manusia..
bukan kita 'pembaca'nya..

Yang hanya layak menjadi penilai manusia
hanya Allah..
Dia lah 'pembaca' segala isi hati..
Dia lah yang mendengarkan segala rintihan
dan Dia juga lah yang maha tahu
hati mana benar2 IKHLAS..
bertindak semata2 keranaNya..

....................

Justeru, diri ini memohon MAAF
kepada insan2 yang pernah 'diprasangka' oleh hati ini..
Sungguh,
tiada upaya untuk diri ini mengelak semuanya..

Diriku sedang cuba membumikan perintah Allah ini:

"Wahai orang2 yang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari2 keburukan orang, dan janganlah sebahagian kamu memperguncingkan sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati, padahal kalau kamu dikemukakan daging mayat maka kamu membencinya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan senantiasa mencurahkan rahmat-Nya" (Surah Al-Hujarat: 12)

..................

* Semoga ada hati yang turut sama mengambil pengajaran... 

No comments: