Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Friday 17 February 2012

Merindui kalian: Sahabat2 'pelbagai status'.. :)

Merindui:
Mereka yang 'sebaya'
tapi..
lain status sudah...
:)
(sebahagiannya..)

...........

Sama usia,
lain peribadi,
lain takdir,
lain susunan masa depan..

kerana kelainan itu,
 kita semua menjadi berbeza..
dan perbezaan itu,
adalah ketetapan Allah,
untuk kita
menjadi unik dengan kelebihan masing2..

Sahabat2 ku..
yup, mungkin diriku agak 'pendiam'
(kadang2..)
sukar berkata2
kurang meluahkan..
tapi hati ini
hakikatnya tak pernah diam bila 
memikirkan @ mendapat berita2 baru dari kalian..

So, dikesempatan ini..
ku ingin 'lepaskan'
kata2 yang terbuku di hati..
(terbuku setebal kamus sudah.. hu)

Bagi yang membaca,
terima kasih sudi menjengah ke sini..
Bagi yang tak baca,
ini harapan dan doa buat kalian..
:)


Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Cerita walimah, berita kelahiran.. Kedua2nya merupakan peristiwa gembira dan membahagiakan.. Kedua2 berita ini lah yang menjadi penghias seri tahun ini..  :)

Tahniah pengantin2 baru: Syafikah, Sukainah, Sha..
Tahniah si ummi baru: Maryam..

Cerita walimah dan berita kelahiran ini, membuatkan saya teringin untuk berkongsi sesuatu... Sesuatu yang terlintas di fikiran. Buat kita: saya dan kamu yang bergelar muslimah.

...........................

Hari makin hari, diri kita semakin dewasa, semakin matang.. Dan diri yang dewasa itu, saya percaya sering memikirkan dan berhajat pada sebuah kehidupan masa depan yang sempurna sebagai seorang wanita.. :) Ia satu petanda, diri itu memiliki kesempunaan dalam membuat pertimbangan untuk memilih kehidupan yang lebih baik dan lebih diredhai..

Jiwa dewasa itu, menjadikan saat2 kehidupan ketika ini sebagai satu tempoh masa yang kritikal untuk berfikir dan membuat keputusan. Keputusan dalam memilih 'jawapan' untuk kehidupan akan datang.

Dan, ramai sudah  sahabat2 saya yang telah berhadapan dengan pilihan dan telah membuat pilihan dalam hidup.. Mereka telah memilih seorang pepimpin harapan dengan jawapan istiqarah.. Membuat pilihan berdasarkan iman, untuk masa depan iman mereka juga..

Ya, saya tumpang gembira dengan hari-hari bahagia mereka. dan turut merasa bahagia bila hidup mereka dilengkapkan dengan gelaran ummi, ibu, mak, mama.. :) teman sekelas, rakan seperjuangan, yang telah dikurniakan kehidupan berkeluarga.. Subhanallah! Ketentuan yang sangat indah buat mereka..

Memikirkan semua ini, fikiran saya melayang pada kenangan dahulu dan realiti sekarang.. Teringat pada sahabat2 teman sepermaian dan sepengajian..  Dulu, sama2 'bermain'.. Tapi sekarang, alhamdulillah, sebahagian dari mereka telah menuruti sunnah dengan baik.. Sebahagian lagi pula bakal menyusul.. Semua ini membuatkan saya bertasbih dan bertahmid pada Allah, yang menyusun semuanya dengan cukup sempurna.. Sahabat2 saya telah menyahut 'seruan baitul muslim'! :) Subahanallah.. Cepat sungguh masa berlalu..

.......................

Buat sahabat2 yang telah bergelar ibu..  
(hajar, hafsah, juwairiyah, fatimah, fatin, maryam..)

Tahniah, dirimu telah dianugerahkan Allah, merasai kehidupan yang sempurna sebagai seorang wanita.. Didik dan bersikap ihsanlah kepada anak2, mereka anugerah yang tak ternilai di dunia ini.. Semoga putera puterimu kelak membesar dengan baik sebagai pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa, menjadi penyejuk mata dan penenang hati kita semua dan sumber pahala yang berterusan buat dirimu..

Buat sahabat2 yang bakal bergelar ibu..
(salimah, nabihah..)

Semoga sentiasa kuat fizikal dan rohani dalam mengandung dan 'mendidik' ruh yang baru ditiup dalam rahimmu. Semoga setiap detik, dirimu merasai keindahan 'mengandungkan' satu nyawa yang berikrar pada Allah akan mengabdiannya, menerima doa dan zikir dari makhluk2 bernyawa di dunia ini.. Tahniah, rahimmu telah dipilih untuk mengikat janji dengan Yang Maha Esa.. Semoga menjadi ibu yang penyayang kelak, penuh cinta dan kasih pada anak2.. :)

Buat sahabat2 yang bergelar isteri..
(syafikah, sha, sukainah, afeefah, atikah, ummu aiman, ummu hani, una dan ramai lagi..)

Tahniah, telah dipilih Allah untuk mengaut redhaNya dalam sebuah ikatan yang diberkati.. Jadikan baitulmuslim yang telah dibina itu sebagai sumber pahala, sumber ketenangan dan kebahagiaan.. Berbahagialah, bersyukurlah.. Kerana telah berjaya menjadi sayap kiri buat si dia, mujahid di jalan Allah.. Semoga dirimu berjaya dengan cemerlang untuk menjadi sayap yang turut meninggikan kedaulatan agama Allah, penyejuk mata, penenang hati suami.. :)

Buat sahabat2 yang bakal bergelar isteri..
(nasirah dan husna mat isa..)

Teguhkanlah mujahadah dalam ikatan perjanjian yang masih belum menghalalkan apa2 untukmu.. Ruang waktu ini penentu kemanisan yang bakal kalian kecapi. Jangan sia2kan keindahan yang bakal dibina kelak dengan dosa2 fikiran dan hati yang dibisikkan syaitan.. Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.. Tinggalkanlah sesuatu yang dibenci Allah, nescaya Allah akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik untukmu.. Semoga berjaya membina ikatan yang halal dengan cara yang baik lagi diredhai.. :) Semoga Allah berkati dan lancarkan majlis walimatul urus nanti..:)

Buat sahabat2 yang masih belum atau masih menunggu 'seruan' itu...

Ia bukan soal lambat atau cepat. Bukan jua satu ujian yang teruk.. Tapi ia tanda kasih sayang Allah.. Kerana apa?

Kerana kalian sebenarnya dipilih untuk berada dalam acuanNya.. Allah 'menahan'mu dalam satu siri 'memperindahkan peribadi', supaya dirimu kelak memasuki gerbang yang dinanti itu dengan hati yang penuh bersedia, peribadi yang cukup indah.. Pasti beruntung bakal pemilik dirimu.. kerana memiliki hati yang benar2 dididik dan dihias secantik2nya.. :)
Siapa kata lambat itu tidak baik?
Allah saja tahu, rencana yang disusun khas untukmu.. :)

Dan,

Kepada sahabat yang masih 'menjauh hati' atau 'mengelak diri' atau ragu2 atau sedang 'dalam istiqarah'..

Jangan berhenti berfikir dan berfikir.. Fikirlah tentang masa depan hidupmu. Bukan sekadar berfikir  tentang masa depan sebagai seorang wanita atau sebagai insan yang akan meningkat usianya, tapi fikirlah masa depanmu sebagai seorang hamba.. Yang hidup masa depannya dituntut untuk menuruti sunnah, mengharungi gelombang fitrah dan naluri dengan ketenangan dan kebahagiaan. Tentunya pasti, kehidupan berumahtangga bukan selalu indah, tapi jangan jadikan ia sebagai satu alasan menolak fitrah, mengetepikan sunnah. 'Kekecewaan masa lalu' juga bukan selayaknya menjadi alasan. Ia satu pengalaman yang mematangkan jiwa dan perasaan..

Sentiasalah ingat wahai sahabat, hidup masa depan kita sangat memerlukan:
- Sebuah takungan ketenangan untuk kita hirup setiap hari bagi menghilangkan dahaga dalam haru biru dunia.
- Sumber pahala yang 'kekal dan stabil' untuk sentiasa dikutip bagi menambahkan timbangan akhirat
- Satu jiwa yang sentiasa ada untuk kita berkongsi rasa, lengkap melengkapi, dan untuk memimpin hati kita yang dikatakan rapuh.
- Dan yang paling penting, semua ini sangat diperlukan untuk kita merasa lebih bersyukur dan bertambah bersyukur atas nikmat Allah dalam 'pembinaan masjid' itu kelak...

.......

Hu.. Nasihat dari seseorang yang tak berpangalaman dan cetek ilmu..  Sabda junjungan kita,  Rasulullah s.a.w: "Sampaikanlah walaupun satu ayat.." So, terimalah luahan dan maksud hati yang disampaikan ini..

Mudah2an Allah terima sebagai satu amalan dan sebagai sebuah doa buat sahabat..

........

Buat dirimu dan diriku, muslimah..
Kerana sedar kita 'mawar agama',
maka, ku titipkan doa di sepanjang nafas ini..
Semoga kitalah penyejuk mata dan penenang hati seisi dunia,
perhiasan terbaik seluruh alam..
'Si wanita solehah..'
:)


14 comments:

AA said...

thanks izzati
suka kata2 dlm entri kali ini..
doakan kmi na

Nur said...

sama2 tqah. semua dari Allah..
insyaAllah..
smga Allah mudahkan urusan tesis hmpa dan urusan2 kehidupan lain..

...NURUL JANNAH... said...

Izzati! sgt tersentuh...syukran atas doa dan peringatan yang sgt bermakna. Semoga kita terus melalui proses2 ini dengan sabar dan penuh keyakinan padaNya.

Nur said...

nurul jannah:

pkah! rindu sama kmu.. :)

amin..

selamat pengantin baru kwn.. sory sgt xdpt hadir di hari bahagia.. semoga kekal saaampai syurga..amin! :)

hood@sunny said...

wah izzati, sungguh putis ayatnya..

Dlm hati ada taman rupa-rupanya ^___^

Wahisytini awiiiii~ *saya rindu kamo0o0o0o :P

Nur said...

:)
huda, laaama xjmpk... rindu sggh kat hmpa! :)
apa status skrg? hehe..

Anonymous said...

assalamualaikum izzati....rindunyaaa...mcm kata huda, wahesytini awi!!!hehe..izzati klu dh keluar bhs hati,mmg indah..bukan taman lg dah,tp tammaan ('ala wazn fa'aal-menunjuk kata b'ganda2),haha..t'keluar kaedah bhs arb plk sbb dh hilang byk kosa kata bhs melayu,huhu...x jumpa nk guna p'kataan apa.izzati apa status skrg?hehe..
salam rindu dr jauh,'A5H.

Nur said...

huhu.. tma ksh kwn.. rindu kamu jga.. :)
em, sapa ni ya? mf, xtau nama samaran tu..hu..
status? still single la kwn.. hehe

but not available.. =p

Anonymous said...

Assalamualaikum, Tak sangka...adik sorang ni bijak dalam penulisan...sangat lembut dan puitis sekali bahasa yang adik lakarkan... benarlah!!! apa yang datang dari hati akan sampai ke hati jua...apa yang ditulis mempamerkan diri mu yang sangat baik dan begitulah peribadi mu..TAHNIAH adikku...teruskan menulis...teruskan berkarya, karya yang lahir dari hati, hati yang taat dan patuh pada Allah... Moga ada ganjarannya dan moga menjadi amal soleh disisiNya...Moga kebahagiaan dan ketenangan milikmu selamanya...:)

Nur said...

TERIMA KASIH byk.. Sangat menghargai doa2nya. Terharu.. boleh tau sapa pemilik hati yang baik ni? :)

Anonymous said...

Seseorang yang dekat dengan mu dik...:)

Nur said...

Mf, xdpt teka, terlalu general hint tu.. hint lain?:)

dekat di hati atau dekat 'di tempat'? :)

Anonymous said...

hehehe....dekat di keduanya dik ;)

Nur said...

k.dayah? :)