Thanks,
for giving me
a 'love'..
Kata orang, sharing is caring,
caring itu tanda kasih..
Jadi, caring = love... :)
Terima kasih wahai sahabat yang prihatin pada permintaan dan harapan hati ini. Berkongsi ilmu saat diperlukan. Terasa kasih seorang sahabat tercurah pada diri..
Aisyah Ruqayyah, hati ini sangat berterima kasih.. Walau dirimu sibuk, tapi tetap meluangkan masa memberi sedikit bakti.. Moga Allah redha pada semua usahamu... (benar2 memaksudkannya.. :))
Ini perkongsian dari beliau.. :) :
...........
Bismillahirrahmanirahim.
Dengan nama
ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, diri ini memulakan penulisan ini.
Ya! Tanpa rahmat dan kasih sayang DIA, pasti kaku malah lumpuh barangkali
jemari ini untuk menaip huruf demi huruf apatah lagi ayat demi ayat. [SYUKUR
hanya pada yang selayaknya]
Sahabatku,
Sebelumnya, kte
nak ajak diri ini dan kamu marilah sama-sama kita istiqfar.. Moga Allah ampun
segalanya salah silap kita yang dalam sengaja mahu pun tidak sengaja kita
lakukan.
------ [take 10 second for istiqfar] ------------
Ok, sudah? Alhamdulillah.
Baiklah atas
request kamu, kte share kan apa yang kte dapat dan rasa sepanjang penerokaan
bedah buku yang dihadiahkan oleh sahabat disini untuk kte sempena Hari
Ulangtahun Kelahiran baru-baru ini. Moga pahala ini berjalan bila saya share
kan juga buat kamu. Insya-Allah. Ilmu yang bermanfaat..
DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH.
Sebelum ini,
melihat tajuk buku pun rasa gentar mahu buka. Almaklumlah rasa belum rasa masa
menikah itu dekat. Namun bila buku ini dihadiahkan oleh sahibah pastinya perlu
dibaca. Buku itu perlu dibaca bukan? Hehe…
Persepsi perlu
diubah. Buku yang harus dibaca oleh setiap individu yang mengimpikan sebuah
keluarga sakinah, mawaddah dan rahmat dan kelangsungan diatas jalan ini dalam
masa yang sama inilah PELUANG dan RUANG untuk kita sama-sama perbaiki diri.
Memperkemaskan diri dengan akhlak muslimah untuk menjadi hamba Dia Yang
Terbaik!
Sebelum
melangkah lebih jauh, marilah sama-sama kita menjernihkan basyirah mata hati dari kilauan dunia. Semoga Dia menemukan
kemantapan hati pada saat bersua dengan seseorang yang tepat buat kita. Diawal intro buku ini ditulis oleh isteri
penulis sendiri.
“ Jangan terlalu
mengharap kesempurnaan. Dengan pernikahan itulah kita bersama-sama saling membangun, mematangkan konsep pemikiran, mengasah
keterampilan dan mencuba mengaplikasikannya. Bereksperimen tentang pola
yang tepat dalam saling memotivasi seterusnya dan seterusnya…. Hingga kini kami
saling belajar, saling melengkapi dan
menyempurnakan. Anda jangan hanya ingin terima ikhwan/akhawat yang sempurna
datang kepada anda seperti yang anda harapkan. Tetapi anda harus berani untuk bersama-sama membangun peribadi yang
diharapkan. Menerima tidak hanya kelebihannya namun kekurangannya juga.
Yang paling penting adalah dia seseorang yang memiliki visi dan misi yang
sama.”
PERNIKAHAN:
MEMPERTEMUKAN KEPENTINGAN-KEPENTINGAN
Ketika bujang
inilah masanya untuk pembinaan diri dan menjaga kebaikan seorang diri. Namun
ketika sudah menikah pula, kita boleh rebut pahala berganda apabila dapat solat
malam berdua, tilawah bersama-sama dan saling mengingat.
MENIKAH DAN
DAKWAH
Memulai langkah
menuju pernikahan perlulah tertanam motivasi untuk melaksanakan pernikahan
dijalan dakwah bukannya jalan-jalan yang lainnya. Insya-Allah pernikahan ini
akan menjadi pernikahan penuh barakah.
A.
KUSIAPKAN DIRI MENUJU PERNIKAHAN
Benarkah nikah
itu indah? Ini bergantung pada pilihan ini: Di jalan apa anda menikah?
Syariat yang
menyuruh anda menikah.
“Apabila
seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh
agamanya, maka hendaklah dia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada
Allah.” [HR Baihaqi dari Anas bin Malik]
“Menikah adalah
sunnahku, barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, ia bukan termasuk golonganku.
Menikahlah kerana aku akan membanggakan jumlahmu yang banyak di hari akhir
nanti.” [HR Ibnu majah dari Aisyah r.a]
Sahabatku,
Di jalan apakah
anda menikah? Ini bukan pertanyaan basa-basi. Pertanyaan ini penting untuk
dijawab. Kehidupan dunia lani disajikan dengan pelbagai keseronokkan sehinggakan
kita menjadi seorang materialistic kan? Huhu.. Inilah kerap berlaku pada setiap
antara kita.
Syaitan itu benar-benar menjadikan indah apa yang
dilarang Allah. Oleh itu waspadalah dengan keindahan yang diciptakan oleh
syaitan.
“Maka apakah yang dijadikan (syaitan)
menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik,
(sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)?” [Faathir:8]
Ada juga situasi dimana kehidupan
serba ruhani dimana kehidupan menolak kemewahan. Kehidupan material harus
ditinggalkan kerana ia sumber permasalahan. Sesungguhnya Islam tidak
mengharamkan harta jika ianya diperoleh dengan cara yang benar.Islam menganggap
harta adalah sebahagian dari perhiasan dunia yang boleh dimanfaatkan untuk mengoptimakan kebaikan. Haruslah menguruskannya
dengan cara terbaik.
Oleh itu persoalan tadi harus
dipersoal kembali.. Di jalan apakah anda menikah?
Terbentang jalan yang lurus yang
terbentang luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang
soleh dan jalan ahli Syurga.
“Katakanlah: Ini jalan (agama) ku, aku
dan orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang
nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang Musyrik.” [Yusuf:108]
Inilah jalanku, jalan yang dipilih
oleh Allah untuk para Rasul. Jalan inilah yang menghantar Nabi saw menikahi
isteri-isterinya. Dijalan dakwah itulah jalan yang diikuti oleh Nabi dan
sahabat-sahabat baginda. Jalan yang menawarkan kelurusan orentasi,
bahawa pernikahan itu adalah ibadah. Bahawa berkeluarga adalah salah satu
tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di muka bumi Allah ini.
Lalu mengapa anda memilih jalan-jalan
yang lain? Inilah jalan yang Allah janjikan tiada kerugian. Jalan yang
mencorakkan kehidupan dan kematian yang indah.
PERSIAPAN DIRI MENJELANG PERNIKAHAN
1.
Persiapan Moral dan spiritual.
- Kita perlulah mempersiapkan diri untuk membuka ruang baru bagi
seseorang yang bernama SUAMI/ISTERI.
- Bagi isteri, kesediaan untuk tunduk dan patuh pada prinsip syura dan
ketaatan bagi suami.
- Selain itu, JADIKAN DIRI
BAIK TERLEBIH DAHULU. Jika ingin memiliki suami yang setia, jadikan diri
anda wanita yang setia. Jika ingin memiliki isteri yang suci, jadikan diri anda
lelaki yang suci. Jika ingin mendapatkan pasangan hidup yang menjaga kehormatan
diri, jadikan diri anda orang yang menjaga kehoramatan diri. Mulailah dengan
diri sendiri.
2.
Persiapan Konsepsional
- Persiapan untuk kita bangunkan kefahaman dan ilmu dalam diri.
- Mempelajari dan mendalami ilmu agama. Untuk mendidik diri,keluarga
dan anak-anak mengikut sunnah Rasulullah dan acuan Al-Quran semua memerlukan
doa dan ilmu yang berterusan.
3.
Persiapan Fizikal
- Dalam persiapan ini, kita perlulah sentiasa mengamalkan cara hidup
yang sihat. Dunia hari ini banyak makanan yang diragui halalnya. Dan kita
perlulah selalu exercise. Mahalnya harga sebuah kesihatan apabila kita jatuh
sakit bukan? Melalui badan yang sihat
kita mampu untuk bangun malam mengadu pada Dia.
4.
Persiapan Material
- Islam tidak menghendaki kita berfikiran materialistic. Namun
materi merupakan salah satu sarana sarana ibadah kepada Allah.
-
Kita perlu ada planning kewangan keluarga.
Harus diyakini
bahawa jodoh itu berada dalam kekuasaan Allah. Dengan keyakinan itu, kita tidak
akan terjatuh ke dalam sikap kesombongan. Disisi lain, terhindarkan diri
keputusasaan seakan-akan jodoh tak pernah bertemu dengannya.
YAKIN dan
berDOAlah diketemukan jodoh terbaik buat kita….
Baiklah.
Insya-Allah setakat ni dulu coretan warkah saya bagi PART 1. Nantikan untuk
part seterusnya ye.. Moga perkongsian ini bermanfaat buat saya dan kamu sahabatku.
Ana Uhibbuki
Fillah (saya Sayang awak kerana Allah)
.................
I Luv you to, my dear, fillah... ^^
InsyaAllah, akan ku cuba nadikan nasihat2 ini dalam kehidupan masa depan..
Doakan kemudahan bagiku.. :)
2 comments:
Oh kwn, lama sungguh tak dengaq cerita. dok teringat2 tau.. :)
Baik, kami call skrg.. :)
Post a Comment