Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Friday 19 July 2013

Kami suke... :)


Allahu robbi~

Hari ini 10 Ramadhan 1434 H,
belahan jiwa saya 
telah memilih urusan lain 
yang dirasakan penting di matanya,
menandingi pentingnya kami berdua..

Tapi tidak mengapa, 
saya tidak terkilan,
kerana urusan itu juga penting di mata saya~
Malah, saya berbangga dan gembira untuknnya
kerana dia telah bijak memilih! 

Saya dan anak soleh kami Muhammad Umar Hakim,
bersedia dan rela
memberi ruang2 kebesamaan kami dengan ayah
kepada
dakwah dan tarbiyah..
:)

Tenang hati saya, dia berjaya 
mengharungi cubaan dan mengejar pahala yang besar.. :

”Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar.”
(Al-Anfaal : 28)

dan tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.. :


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(Al-Munaafiquun: 9)

Alhamdulillah~

.........

Saya tahu, dia gembira di sana..
Saya menjenguk 'catatan online'nya,
memang betul, 
dia tenang dan bahagia di sana..
ini tulisannya~
.
.
.


Subhanallah
Bayangkan bila anda dalam suasana sahabat-sahabat di sekeliling anda suci hatinya. Berusaha mengamalkan ajaran dan akhlak islam sebaiknya dalam kehidupan.
Hati yang jauh dari buruk sangka. Wajah yang sentiasa tersenyum dan menenangkan. Penampilan yang sentiasa dijaga kekemasan. Tutur kata yang ramah. Pagi dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Perjalanan pagi dimulai dengan tazkirah ringkas dan muhasabah diri. Zikir mathurat pagi hari tak ditinggalkan. Masa diisi dengan bacaan al-quran. Heh..da tentu tak ramai yang macam tu. Tapi usaha mereka tu yang menyenangkan dan mengajak diri sama untuk berusaha menambah baik akhlak dan amal diri.

.....................


Dan pagi ini, dia bagi pic. yang direquest oleh saya..

:)

KADER 2013
Klang

Ini tentatif programnya:


Menarik pengisiannya.
Jemput hadir2 sahabat2 seangkatan..
:)


*KADER: Kolokium Anjakan Daie Rabbani

.................

Moga,
kami sentiasa kuat untuk
selalu berkorban
dan
'berkongsi'
 seorang insan yang sangat kami sayang dan sangat kami perlukan.

Dan, semoga 
pengorbanan kami bertiga,
Allah ganjarkan dengan 
'pertemuan semula' di Jannah~
amiiin.. ^^

No comments: