Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Friday 29 July 2011

Sedih + Kecewa + Terkilan = (^_^)


Sedih.
Satu nikmat dari Ilahi, buat insan merasai  derita,
Didikan Allah, untuk memperkasakan diri..

Kecewa

Ketika kecewa dengan manusia, baru kita sedar, betapa ada cinta yang tak pernah mengecewakan.. Selama2nya..

Walau seorang sahabat yang sangat kita sayangi dan menyayangi kita, tetap juga akan membangkitkan rasa sedih di hati kita.. Mungkin juga dilakukan tanpa sengaja, tanpa niat.. Hakikat hidup sebagai insan, pasti akan menyakiti dan disakiti.. Itu fitrah menjadi insan.. Fitrah sebagai hamba..

Kerana apa?

Kerana yang bergelar hamba akan sentiasa di’hias’ dengan kekurangan dan kelemahan. Terkadang, sengaja Allah membuka kekurangan dan kelemahan itu dimata kita ketika sayangnya kita pada insan itu semakin meninggi.. Kerana Allah ingin menegur kita, sejauh mana sayang kita pada sesiapa pun, hanya Dia yang selayakNya dicintai.. Hanya Dia.

Tapi...
Selama hayat masih didampingi insan, tak mungkin kita dapat lari dari berkasih sayang dan sesekali terkilan dengan insan2 sekeliling. Malah, insan adalah anugerah terhebat buat yang bergelar insan untuk jiwa berasa tenteram dan aman.. Jika tidak, mana mungkin Allah menciptakan Hawa untuk Nabi Adam, pendamping dan peneman hidup di Syurga..

Terkilan

Jadi, andai saat ini ada hati yang terkilan dengan hamba Allah yang bergelar 'insan',  fikirkan kembali sebab kedatangan insan tersebut dalam hidup. Allah sengaja menghadirkan dia sebagai asbab untuk kita merasai didikanNya.. 

Fikir sedetik, dia hanya seorang hamba yang diutus untuk menjalankan peranannya  dalam hidup kita sebagai 'seseorang'. Dia menjalani hidup sama seperti kita,  menyusuri takdir yang telah tersurat. Pasrah menjalani perjalanan yang tertulis di Lauh Mahfuz. Sama seperti kita, tidak pernah mengharap sebarang kesilapan, apatah lagi kesilapan yang bakal menyakitkan hati sahabatnya sendiri.

Dia menjalani detik hidup, melakukan sesuatu atas ketetapan, ketetapan Yang Maha Bijaksana. Oleh itu, ketika kita disakiti, itu kehendak Allah.. Cara Dia mendidik jiwa untuk lebih kental menghadapi dunia yang lebih payah kelak. Dia Maha Tahu sejauh mana hati kita perlu 'disakiti' untuk menjadikannya kuat bagi menghadapi hari esok yang jauh lebih 'mendung' dari hari ini.

................................................................................................................................................................
Wahai hati yang terkilan, 
Selama mana perlu terus-terusan begini?, 
Pilihlah, 
antara derita menanggung rasa terkilan atau bahagia merasai ketenangan?

Hati ini juga pernah terkilan,
Pernah terpalit duka dan benci,
Namun atas rahmatnya
Ku sedar, ia hanya mainan syaitan buat hati menjadi gundah,

Bukankah Allah telah berfirman, 
"Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"

Justeru, hati ini sentiasa cuba hadirkan Dia dalam setiap rasa yang lahir..
Semoga kehadiranNya mampu melebur setiap rasa2 hati yang tidak senang.
Semoga diriku mampu menjadi seorang hamba yang sentiasa berbaik sangka,
Seorang yang 'optimistic'..
:)

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Surah al-Hujurat: 10)

..............................................................................................................................................................

Ketenangan memaafkan.. Ubat penenang buat jiwa yang telah terkesan dengan racun 'disakiti'..
 
Jom, sama2 maaf memafkan.. :)


No comments: