Benarlah kata mereka.. Kita akan mula menghargai, bila kita kehilangan..
Petang yang tenang bersama sahabat2 rumah, membawa diri menyelam satu rasa yang dalam.. 2 minggu yang penuh bermakna. Membuat jiwa sedar, menghargai itu asas kukuhnya sebuah hubungan..
Perlukah
Munsyid : Forheart
http://liriknasyid.com
http://liriknasyid.com
menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi
setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni
perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu
Diselubungi rindu...
Rindu.. Satu perasaan yang hadir apabila insan yang pernah bersama kita, lama atau sekejap, mula membawa haluan baru.. Sama ada dia pergi jauh, atau masih dekat disisi..
Pernah rasa tak? Sunyi dalam keramaian....
...............
Bila rindu mula meresap dalam jiwa, hanya Allah yang tahu, betapa diri ini kaku menjalani detik hidup..
Pernah rasa tak? Sunyi dalam keramaian....
...............
Bila rindu mula meresap dalam jiwa, hanya Allah yang tahu, betapa diri ini kaku menjalani detik hidup..
3 insan telah berjaya membuat diri ini cukup pilu menahan rindu.. Hati memujuk. "Ini hanya satu rasa, yang pasti akan hilang.." Mungkin. Tapi pasti memakan masa yang lama..
Menariknya rasa rindu..
Sebenarnya..
Rindu itu sangat indah.. Andai ia lahir dari ukhuwah yang dibina kerana Allah. Memberi kita ruang dan peluang, mendalamkan kasih pada insan yang jauh..
Rindu itu sangat manis.. Andai rasa itu mampu menyuntik syukur di hati.. Menyedarkan kita betapa tingginya 'harga' pemberian Ilahi..
Rindu itu sangat berharga.. Andai ia mampu 'menarik' 2 jiwa mendekati Yang Esa.. Mampu menyatukan hati dalam satu rasa.. : Cinta Maha Esa..
Rindu itu bukanlah satu rasa yang menyiksakan andai ia dalam bendungan. Tak dinafikan, merasainya cukup memedihkan, memendamnya cukup memeritkan.. Justeru, ia perlu dibendung bagi mengikis rasa2 yang hadir itu.. Bendung dan bimbinglah rasa rindu dengan satu rasa yang lebih besar: SABAR..
Wahai diri, terus bersabarlah dengan rindu..

Mari menghargai!
Bukanlah selayaknya penghargaan itu diberi saat pemergian mula bertandang.. Belajarlah menghargai saat dia di depan mata.. Jangan sesalkan diri dengan tindakan sendiri.. Lenturkan ego, sebarkan rasa sayang.. Nescaya diri rasa lebih bahagia.. :)
Rindu, menyedarkan insan pada hakikat 'menghargai', dan mengajar erti 'kesabaran'..
Indahnya ukhwah, andai bertemu dan berpisah kerana Allah..
Perlukah ada rasa rindu?? Sangat perlu.. :)
No comments:
Post a Comment