Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Monday 2 May 2011

The Beginning..



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Segala puji hanya selayaknya padaNya.. Dengan izin Allah, diberi peluang dan kesempatan  berkongsi di sini.. Alhamdulillah..

Satu kesedaran melahirkan harapan.. 

Nasihat seorang sahabat menyedarkan saya.. Benarlah katanya, tak selamanya diri harus begini. Diri ini perlu dibangunkan..

Personaliti 'silent', terkadang menjadikan seseorang itu tidak seyakin yang lain dalam menyampaikan kebenaran melalui lisan. Namun, bagi mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, insan2 seperti  ini sedar, menyampaikan adalah sunnah terbesar utusan mulia.  Oleh itu, dalam mencari jalan keluar daripada terus menjadi 'silent believer', insan2 seperti ini berusaha membina kemampuan diri, berazam mencari keyakinan..

Alhamdulillah.. Dengan izinNya, ramai yang telah berjaya menjadi insan hebat yang mampu menyampaikan kebenaran dengan penuh berhikmah melalui kata2.. Namun, ada juga segelintir yang masih terus bertatih, mencari kekuatan untuk 'melisankan’ kebenaran dari lidah amanah Allah..

Yang terbaik..

Bersyukur. Saya berpegang teguh pada janji Allah: Dia merancang segalanya untuk kebaikan hamba2Nya tanpa pernah menzalimi dan mengecewakan mereka. Saya yakin, harapan yang saya sandarkan padaNya takkan pernah dibiarkan terabai.. Malah pasti diganti dengan yang lebih baik.. 

Boleh jadi kamu tidak menyenangi  sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..” (Al-Baqarah: 216)

Subhanallah.. Ayat ini sungguh menyedarkan saya, apa yang saya inginkan tak semestinya terbaik untuk saya, walaupun apa yang saya hajatkan itu adalah sesuatu yang saya rasakan terbaik. Menjadi 'yang saya harapkan' tidak semestinya lebih baik untuk saya berbanding saya yang 'sedia ada'. Allah lebih tahu yang terbaik..Tak layak untuk saya menentukan apa yang baik untuk diri, sedangkan yang terbaik itu pastilah apa yang ditentukan Allah. 

Pasti, ada ketentuan yang lebih baik.. InsyaAllah..


-- Bangun dengan harapan dan keyakinan --  


.......................................................................................................................................................

.. As the first entry .. (",)
Semoga  setiap perkongsian  bermanfaat..


No comments: