Bismillahhirrahanirahhim....
Berlalang sudah laman teduhanku ini, berbulan2 tak jenguk (",)'
Sebenarnya, selalu excited nak menulis pasal kehidupan saya sekarang, pengalaman sebagai isteri dan paling best sebagai seorang ibu.. :) Tapi tak juga tertulis2, kononnya nak buat nanti dan nanti.. Yup, as usual, pengajarannya jangan bertangguh..
Alhamdulillah, hari ini 1 Ramadhan.. Tetiba kuat betul datang perasaan nak menulis walaupun tak tau nak tulis apa. Oleh itu bersempena 1 Ramadhan ini, saya ingin memecahkan benteng kemalasan menulis, dengan menaip apa saja yang terlintas di hati saat ini.. ;)
Ini adalah blog saya dan tempat saya meluahkan rasa, jadi saya mempunyai kebebasan hakiki untuk menulis apa saja (asalkan dalam batasan kebaikan).. Lebih kurang macam menulis dalam diari la, menconteng2 perasaan dan harapan... ^_^
........
Di hari yang mulia ini, saya amat2 berterima kasih kepada kekasih hati saya.. My one and only rabb, Allah s.w.t; kerana mengizinkan saya sekali lagi menghirup udara Ramadhan, merasai limpah rahmatNya, meraih peluang keampunan, dan mengaut keuntungan pahala sebanyak2nya.
Yang kedua, saya juga bersyukur kepada Allah, di samping berterima kasih kepada 'agen penyampai nikmat' dariNya ini, my belahan jiwa.. :) Terima kasih bebanyak kerana selama ini, sentiasa menjadi suami dan ayah yang sangat amat penyayang, penyabar, rajin, serta murah senyuman dan kasih sayang.. :)
Yang ketiga, saya bersyukur kepada Allah, kerana menambah nikmat atas nikmat dengan meminjamkan saya seorang anak yang soleh, musleh lagi comelll... :) Ya Allah, tak terhitung segala nikmatMu..
.....................
Harapan Ramadhan saya kali ini..
* Nak gilap solehah dalam diri
* Nak buat hafalan
* Nak khatam Quran
* Nak tahajud setiap hari
* Banyakkan ibadah sunat n zikir..
* Memperbanyakkan doa
* Aim lalilatulqadar
(Matlamat ini ditulis untuk menfokus dan memotivasikan diri sendiri)
Biarpun saya mungkin tak akan ada peluang untuk menjejakkan kaki ke masjid untuk berterawih (kerana hadirnya si kecil untuk didampingi), tapi saya yakin Allah yang maha penyayang tetap akan memberikan ganjaran yang baik kepada saya kelak, seandainya pengorbanan sebagai ibu saya jalankan, dan amanah dariNya ini saya asuh dengan baik, da;am masa yang sama tetap berusaha menjalankan ibadah kepadaNya..
Wahai Allah, jadikan aku isteri dan ibu yang penyanyang, tak lokek berkorban apa saja, dan tak culas menjaga amanah2Mu..
Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik...
Mencari RedhaMu:
' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)
Wednesday, 10 July 2013
Tuesday, 19 February 2013
Waiting...
Mood:
Penantian~
Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk meng update blog..
How about my life now?
Well, nothing else that I could say than Alhamdulillah...
Thank you Allah for giving me two special persons that will complete my life..
A super nice husband and a 'coming soon' little baby.. :)
Alhamdulillah... ^_^
Penantian kami...
Sekejap pula rasa, dah hampir 38 minggu saya membawa bayi ini ke mana2.. :)
How nervous + excited.. About two weeks to go!
The time is closer with every passing days..
We are waiting for your birthday dear!
Moga Allah mudahkan perjalanan baby ini melihat dunia.. :)
Doakan kemudahan buat kami..
Tuesday, 1 January 2013
My '7 month and 6 days' life.. :)
Alhamdulillah~
Banyak nikmat yang Allah hadiahkan kepada saya dalam masa2 yang berlalu ini.. :
- Alhamdulillah, masih sempat masuk tahun baru.. :) Terlalu cepat masa berlalu.. Kenangan2 tahun 2012 akan sentiasa dalam kenangan..
- Alhamdulillah, dah 7 bulan 6 hari saya bergelar isteri.. :) Terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan dalam hidup saya, terasa terlalu sedikit kesyukuran ini berbanding segala nikmat pemberianNya...
- Alhamdulillah, dah 30 minggu 6 hari saya menjadi 'makhluk yang istimewa'..:)
Kenapa?
Kerana saya punya dua jantung, dua rentak nadi dan dua ruh..
Oh, siapa saya? :)
Alhamdulillah.. i am a 'mom to be.' ^_^
...............
Di hari pertama saya meninggalkan tahun penuh kenangan ini, senang sekali rasa hati ini untuk mengabadikan beberapa kenangan tahun 2012 yang istimewa..
..........

Kenangan Pertama:
26 Mei 2012
Tarikh pernikahan saya bersama seorang pemuda pilihan Allah yang sangat baik.. :)
Tarikh yang telah mengubah keseluruhan hidup saya.. Bermula dari hari itu, rutin harian saya tidak lagi sama, tanggungjawab saya berubah, dan ranking insan2 yang saya sayangi telah 'dirombak'..
Kerana pada hari itu, segala perhatian dan kasih sayang saya perlu berpindah dari mama tersayang kepada seorang insan yang lebih layak... iaitu encik suami ini.. :)
-Baru selesai diijabkabul-
...............
Kenangan2 bersama yang tak mungkin dilupakan..
(selagi Allah izin untuk saya mengingatinya..)
Jun 2012
-Get a very happy news :)-
Knowing that I'm pregnant,
is the most beutiful moment in my life..:)
Alhamdulillah,
Alhamdulillah..
18 September 2012
18 September 2012
-'Three' of us when to Cameron Highland :) -
[Keadaan jalan yang sangat teruk, sepanjang jalan memasuki farm,
buat saya risau pada baby..
Alhamdulillah, dia dilindungi dengan baik oleh
Penciptanya yang Maha Melindungi.. :) ]
:)
.................
.................
20 September 2012
-Get a special gift on my birthday.. ;) -
(Thank you so much! ^_^)
...................
26 Oktober 2012
-Beraya haji dan buat korban-
...................
26 Oktober 2012
-Beraya haji dan buat korban-
............
-When to MAHA-
Terima kasih akan nikmatMu~ -When to MAHA-
Subhanallah.. Sepanjang tempoh penikahan ini, saya telah melalui hari2 yang setiap hari berbeza.. Hari2 yang mematangkan fikiran dan perasaan saya, hari2 yang penuh ketenangan, dan hari2 yang sentiasa mengamit hati saya agar lebih mendalami hakikat syukur.. Alhamdulillah..
Begitu unik susunan Allah dalam menzahirkan nikmatNya buat saya..
Saya sedang menjalani kehidupan berumahtangga yang telah disusun cantik oleh Allah .. Ia satu proses penyesuaian diri yang panjang.. Menyesuaikan diri dengan perbezaan, kelebihan dan kekurangan masing2. Hidup dengan kekasih hati dalam ikatan yang halal tentu saja sangat indah..:) Namun dalam kita merasakan sudah indah itu, Allah ada rancangan lain untuk menjadikan hubungan itu jauh lebih indah. Rencana Allah diluar batas perancangan manusia, tetapi perancangan Dia lah yang terbaik..

Seperti hubungan kita dengan Allah.. Allah akan sentiasa menghantarkan kita ujian demi ujian untuk mengeratkan lagi hubungan cinta kita denganNya. Supaya kita lebih dekat dengannya.. Dengan ujian itulah Allah menilai sejauh mana dan sedalam mana cinta kita kepadaNya..
Begitu juga jalan cinta saya dengan pasangan hidup anugerah Allah ini.. Ada ujian2 penyeri hidup. Tanpa ujian2 itu, saya sedar, tak akan ada keserasian dan kasih sayang seperti yang kami miliki sekarang..
Dari ujian jugalah kami dapat lebih mendalami hati masing2.. Tanpa ujian, saya tak akan tahu dia seorang suami yang baik, penyabar dan prihatin..:) Alhamdulillah..
Sepanjang pernikahan kami, apa yang dapat saya luahkan adalah setulus ucapan:
Terima kasih yang tidak terhingga.. (buat suami) dan Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. (syukur padaMu Allah)..
............
Syukur akan hadirmu.. ~♥
Alhamdulillah.. Segala puja dan puji hanya bagiNya.. Tidak cukup dengan menganugerahkan saya peluang menjadi isteri, Dia tambahkan pula nikmat perasaan menjadi seorang bakal ibu.. Subhanallah.. Ia satu nikmat dan rahmat yang tak ternilai buat saya.. Terima kasih Allah..
Pengalaman membawa satu jasad dan ruh baru dalam diri, tentu sekali satu pengalaman asing yang tak pernah dirasai sebelum ini, dan tak mungkin dapat dilupakan.. Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Ada yang sangat teruji, ada yang sederhana diuji dan ada yang biasa2.. Saya tak tahu saya dalam kategori mana.. Mungkin sederhana..
'Wahnan 'ala wahnin' (weakness upon weakness).. Satu pengalaman yang sedang dirasai dan akan terus dirasai dalam satu tempoh masa lagi. Subhanallah.. Tiada langsung kekuatan untuk mengharunginya melainkan segala kekuatan itu dipinjamkan oleh Allah.
Mendoakan, semoga diri ini layak untuk menjadi seperti ibu yang dimuliakan Allah dalam kalamNya..:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" (Surah Luqman: 31)
.........
Betul kata orang, kelebihan menjadi anak perempuan adalah suatu hari nanti, dia akan dapat memahami segala perasaan, pengorbanan, kelelahan dan sifat keibuan ibunya sendiri.. Sekarang, saya telah lebih memahami ibu saya berbanding sebelumnya.. Bertambah rasa kasih dan hormat padanya bila mengenangkan kesusahan2 dia mengandung dan melahirkan saya dan adik2 dulu. Lepas melalui keperitan melahirkan nanti, tentu saya lebih2 menghargai dan mengasihinya..
.........
Kesimpulan:
Kesimpulan kehidupan sepanjang berumahtangga:
♥ Kadang2 kita rasa bahagia, kadang2 kita bersedih dengan ujian. Kenapa kita sedih? Sebab ujian itu kita nilaikan sebagai masalah. Jadi, sedang dalam koreksi diri: Ujian bukan masalah, tapi peluang dan pintu pada kegembiraan yang lebih baik.. Bukankah Allah perancang yang terbaik?
♥ Bersyukur itu sesuatu yang sangat amat perlu. Benar janji Allah. Kalau kita bersyukur, Dia akan menambahkan nikmatNya.. Tak susah pun bersyukur, tapi manusia selalu lupa..
♥ Doa. Itulah kekuatan seorang insan yang bergelar hamba yang lemah kepada Yang Maha Kuasa. Kita tak ada kekuatan lain selain berdoa kepada Allah untuk menganugerahkan kita apa yang kita perlu dan harapkan. Dalam berdoa, usaha itu kuncinya. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika seseorang itu tidak merubah dirinya..
♥ Terasa kebenaran janji Allah: Jika kita menjagaNya, Dia akan menjaga kita. Jika kita meninggalkan sesuatu yang kita suka tetapi Allah tak suka, demi Allah, Allah akan gantikan dengan yang jauh lebih baik.
♥ Percaya pada Allah dalam takdir2 mendatang yang kita impikan.. Jika kita yakin padaNya, Kita tak akan kecewa..
..........
:)
Moga Allah mudahkan segala2nya.. Moga Allah rahmati dan redhai kami sekeluarga..
Selamat Tahun Baru kawan2.. Doakan kami~ ^_^

Tuesday, 26 June 2012
Sebulan sudah~ :)
Sudah sebulan
'dipinjamkan' kekasih hati... :)
'dipinjamkan' kekasih hati... :)
^^
Terima Kasih Allah..
Alhamdulillah... Terima kasih Allah, kerana mengizinkan diri ini semakin hari, semakin tambah bersyukur akan segala nikmat pemberianMu..
Antara nikmatMu yang paling disyukuri saat ini, (dan akan tetap mensyukurinya selama2nya, insyaAllah..) adalah nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku melalui seorang hamba pilihanMu yang kini telah sah bergelar pemimpin hidup ini...
.........................
Setelah genap sebulan menjadi isteri.. Saya bersyukur kerana kini, saya telah mampu membenarkan dengan seyakinnya akan satu firman Allah: "Jika kamu bersykur, akan Aku tambahkan nikmat...."
Benar..
Dia menambah nikmat atas nikmat,
apabila kita menerima nikmatNya dengan kesyukuran..
Subhanallah, Maha Pemurahnya Dia..
Alhamdulillah.. Sesungguhnya semua ini dariMu.. Semoga nikmat2 ini kekal untukku, dan semakin bertambah dengan rahmatMu..
........
Wahai Allah, terima kasih kerana telah mewujudkan segala mimpi ini..
Terima kasih akan hadirnya.. Semoga cinta ini kekal dalam redha Allah hingga ke syurga..
" Ya Allah,
jadikan kehidupan kami bersama
sentiasa dalam redhaMu.."
Ya Allah,
Jadikan kehidupan kami akan datang,
sentiasa bahagia
seperti bahagia yang Kau kurniakan
di hari2 awal pernikahan ini.."
...........
Alhamdulillah,
akhirnya dapat juga mengiakan kata2:
Manisnya bila bercinta lepas kawen,
bertambah manis bila ianya kerana Allah.. :)
Alhamdulillah..
Subscribe to:
Posts (Atom)