Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Monday, 8 August 2011

Jom menabung amalan..



Jom menabung amalan~
Buat bekalan di 'masa hadapan'..

Sebuah perkongsian menyedarkan saya. Rupanya, usaha membanyakkan amalan, bukannya kerja yang mudah.

Mungkin kita rasa sudah banyak amalan yang kita lakukan sepanjang hidup ini.

Tapi hakikatnya, amalan2 yang kita lakukan itu mungkin saja tak cukup dan tak mampu dijadikan bekalan untuk membebaskan diri kita dari api neraka nanti. Kerana amalan2 tersebut mungkin hanya dapat digunakan sekadar penghapus dosa2 yang telah kita lakukan. Mungkin juga ‘terlupus’ dek dosa kita pada orang lain..

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari khiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakannya serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam neraka. (Hadis riwayat Muslim)

Subhanallah..

Rugi kan? Segala amalan yang kita rasa dah banyak kita buat rupanya sia2 semuanya. Tak mampu membantu kita, menjadi hak milik orang lain. Malah, lebih malang lagi, dosa2 orang lain pun terpaksa kita tanggung.. Itu tak kira lagi dengan berapa banyak dan besarnya dosa yang dilakukan oleh orang2 yang terpaksa kita tanggung tu.. Memang teramat muflis hamba2 sebegini. (Ya Allah, lindungilah kami dari tergolong dalam golongan ini..)

............................

Semua pahala amalan yang menjadi bekalan orang lain itu adalah dari amalan2 kita yang diterima. Macamana pula dengan amalan2 kita yang berbaur riak, ujub, takabbur? Atau amalan2 yang tak mampu diikhlaskan kerana Allah..?

Ya Allah, bila renung kembali.. Tak ada apa yang dapat diharapkan dari amalan yang teramat sikit yang dah dilakukan sepanjang hayat ni. Mungkin saja bila Allah panggil roh ini kembali padaNya saat ini, tergolong juga saya dalam golongan mereka yang muflis.. Nauzubillah..

...........................

Dari perkongsian ini,  saya dapat satu pengajaran..

Kita tidak boleh hidup sekadar berpuas hati dengan amalan2 yang dilakukan. Dan juga tidak boleh memandang remeh segala amalan kebaikan dan kejahatan walaupun kecil..

Amalan perlu ditingkatkan kualiti, kalau tak nak rugi di sana nanti..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra'd: 11)

Justeru, untuk lebih menjamin diri  dari menjadi muflis di sana nanti,  mungkin kita boleh berusaha untuk menjadi sebaik2 manusia..:

Rasulullah SAW bersabda:

 "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga manfaat  diri yang ditaburkan pada orang lain, mampu sedikit sebanyak membantu kita membanyakkan tabungan amalan. Dengan syarat, usaha ini perlu benar2 diikhlaskan hanya untuk Allah, supaya ia diterima. Dan perlu dielakkan daripada menyakiti hati orang, mencela, memakan harta orang lain, dan sebagainya (seperti dalam hadith), supaya ia tidak lagi 'dibazirkan' kepada orang lain..

Semoga dipermudahkan usaha ini.. Semoga Allah redha..


Friday, 29 July 2011

Welcome.. :)

Kami selalu menantimu..


Dalam 3 hari lagi, tetamu yang dah setahun tak menjenguk saya dan keluarga akan datang.. Tak sabarnya.. Tetamu ni bukan calang2, sentiasa bawa bersama 'buah tangan' yang tak siapa pun boleh bagi.. Dia membawa sesuatu yang kami semua inginkan, setelah setahun dibuai lara dunia.. (".)

Dia datang membawa rahmat, dia hadir menawarkan keampunan, dia berkunjung meng'offer'kan pembebasan api neraka.. 'Siapa'kah dia? Bulan pernuh barakah.. Ramadhan Kareem..

Tetamu teragung ini bakal berkunjung. Apa persiapan yang perlu dibuat? Bukan seperti tetamu lain, ia tak perlu diraikan dengan makanan dan keadaan rumah yang selesa. Cukup sekadar menyediakan hati untuk benar2 bersedia menerima kehadirannya.

Hati perlu disediakan untuk 'menghayati' dan memanfaatkan segala ganjaran yang ditawarkan pada bulan ini. Tawaran yang mungkin terakhir dalam hidup.. Perlu persiapan rapi untuk meraikannya..

Cukup bersediakah hati? Cuba menilai keadaan:

Iman. 

Dah cukup kuatkah untuk menghiaskan 30 hari Ramadhan dengan ibadah tanpa henti? Dari pagi sampai malam, sentiasa mengharap redha Allah, tak ada satu detik pun tersia tanpa ganjaran pahala dari Allah. Dah sedia bertarung dengan nafsu untuk memenangi hati? Teguhkan mujahadah wahai iman, semoga berjaya.. :)

Sabar.

Sudah tinggikah kedudukan sabar di hati? Mampukah mengatasi rasa marah, penat, lapar.. 30 hari perlu bermujahadah melawan nafsu untuk bangun qiam mengharapkan maghrifah Allah.. Cukup bertahan? Wahai sabar, terlalu banyak Allah mendidikmu agar terus teguh bertahan.. Ramadhan tanpa 'musuh', rasanya lebih mudah bagimu.. :)

Malas, manja, bertangguh..

Wahai malas, manja, bertangguh.. Kalian tidak diperlukan untuk meraikan kehadiran bulan ini... -_- Malah, hari2 lain pun tak diperlukan, sebab susah nak singkirkan la kalian masih ada dalam diri .. (".) Tapi untuk mengoptimumkan penggunaan bulan ini, kalian perlu pergi jauh2..(`',)

Tenang, Taqwa, Ihsan..

Rasa2 ini, diharapkan mampu disuburkan dengan sesubur2nya. Mengharapkan tetamu ini meninggalkan kami sekeluarga dengan tingkatan taqwa, ketenangan jiwa, dan keupayaan merasai ihsan.. Mungkin kali ini saja peluang untuk merasai ketiga2 rasa ini dengan sepenuh hati.. 

Tinggi harapan kami semua untuk meraikan kehadiranmu wahai Ramadhan.. Walau kami adalah manusia akhir zaman, yang tak mampu betul2 menghayatimu, tapi kami jua hamba. Hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan keampunan Allah. Kerana itu kami akan berusaha sedaya mungkin, menghayatimu sepenuh dan sedalam hati kami, manusia2 agung terdahulu, kami jadikan teladan untuk menyambut hadirmu..

Semoga engkau gembira 'menziarahi' kami..

Ya Allah, dalam beberapa hari yang berbaki ini, sampaikan kami pada Ramadhan...

............................................................................................................................

(entah kenapa, rasa berdebar menyambut kehadiran Ramadhan kali ni..)




Sedih + Kecewa + Terkilan = (^_^)


Sedih.
Satu nikmat dari Ilahi, buat insan merasai  derita,
Didikan Allah, untuk memperkasakan diri..

Kecewa

Ketika kecewa dengan manusia, baru kita sedar, betapa ada cinta yang tak pernah mengecewakan.. Selama2nya..

Walau seorang sahabat yang sangat kita sayangi dan menyayangi kita, tetap juga akan membangkitkan rasa sedih di hati kita.. Mungkin juga dilakukan tanpa sengaja, tanpa niat.. Hakikat hidup sebagai insan, pasti akan menyakiti dan disakiti.. Itu fitrah menjadi insan.. Fitrah sebagai hamba..

Kerana apa?

Kerana yang bergelar hamba akan sentiasa di’hias’ dengan kekurangan dan kelemahan. Terkadang, sengaja Allah membuka kekurangan dan kelemahan itu dimata kita ketika sayangnya kita pada insan itu semakin meninggi.. Kerana Allah ingin menegur kita, sejauh mana sayang kita pada sesiapa pun, hanya Dia yang selayakNya dicintai.. Hanya Dia.

Tapi...
Selama hayat masih didampingi insan, tak mungkin kita dapat lari dari berkasih sayang dan sesekali terkilan dengan insan2 sekeliling. Malah, insan adalah anugerah terhebat buat yang bergelar insan untuk jiwa berasa tenteram dan aman.. Jika tidak, mana mungkin Allah menciptakan Hawa untuk Nabi Adam, pendamping dan peneman hidup di Syurga..

Terkilan

Jadi, andai saat ini ada hati yang terkilan dengan hamba Allah yang bergelar 'insan',  fikirkan kembali sebab kedatangan insan tersebut dalam hidup. Allah sengaja menghadirkan dia sebagai asbab untuk kita merasai didikanNya.. 

Fikir sedetik, dia hanya seorang hamba yang diutus untuk menjalankan peranannya  dalam hidup kita sebagai 'seseorang'. Dia menjalani hidup sama seperti kita,  menyusuri takdir yang telah tersurat. Pasrah menjalani perjalanan yang tertulis di Lauh Mahfuz. Sama seperti kita, tidak pernah mengharap sebarang kesilapan, apatah lagi kesilapan yang bakal menyakitkan hati sahabatnya sendiri.

Dia menjalani detik hidup, melakukan sesuatu atas ketetapan, ketetapan Yang Maha Bijaksana. Oleh itu, ketika kita disakiti, itu kehendak Allah.. Cara Dia mendidik jiwa untuk lebih kental menghadapi dunia yang lebih payah kelak. Dia Maha Tahu sejauh mana hati kita perlu 'disakiti' untuk menjadikannya kuat bagi menghadapi hari esok yang jauh lebih 'mendung' dari hari ini.

................................................................................................................................................................
Wahai hati yang terkilan, 
Selama mana perlu terus-terusan begini?, 
Pilihlah, 
antara derita menanggung rasa terkilan atau bahagia merasai ketenangan?

Hati ini juga pernah terkilan,
Pernah terpalit duka dan benci,
Namun atas rahmatnya
Ku sedar, ia hanya mainan syaitan buat hati menjadi gundah,

Bukankah Allah telah berfirman, 
"Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"

Justeru, hati ini sentiasa cuba hadirkan Dia dalam setiap rasa yang lahir..
Semoga kehadiranNya mampu melebur setiap rasa2 hati yang tidak senang.
Semoga diriku mampu menjadi seorang hamba yang sentiasa berbaik sangka,
Seorang yang 'optimistic'..
:)

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Surah al-Hujurat: 10)

..............................................................................................................................................................

Ketenangan memaafkan.. Ubat penenang buat jiwa yang telah terkesan dengan racun 'disakiti'..
 
Jom, sama2 maaf memafkan.. :)


Tuesday, 7 June 2011

Lapangkan kesempitan..



Jika terasa sempit, alihkan pandangan pada yang lapang,
Semoga lapang itu mampu menbuatkan kita lupa pada kesempitan.
Jika terasa lemah, alihkan hati pada Yang Maha Kuat,
Agar Yang Maha Kuat itu, sudi mengusirkan segala kelemahan,
dan memberikan secebis kekuatan..


Alhamdulillah.. 

Rupanya rasa penat dan sibuk lebih menyenangkan hati berbanding rasa senang dan lapang. Sibuk, banyak melapangkan fikiran dan hati dari perkara2 ‘kosong’ dan sia2. Sibuk juga menjadikan diri lebih dekat kepada Pencipta.. Rasa bersyukur dengan anugerah masa dan kemudahan yang diberikan dalam setiap urusan . Sangat bersyukur, Dia membukakan ruang pada hati untuk sentiasa bersangka baik dalam setiap ketentuanNya..

Usaha melapangkan diri dicelah kesempitan ini, sentiasa diiringi dengan nasihat sahabat2 penguat diri.. 

Buat mereka yang sedang menghadapi ‘kesempitan’, semoga nasihat2 ini turut berguna..

Penenang resah

Antara nasihat yang terkesan di hati di saat jiwa gusar dan lemah..

1) “Dalam setiap takdir yang Allah persiapkan untuk kita, hadapilah dengan tenang. Pandang sudut kebaikan dan sudut hikmah yang Allah bagi di sebalik setiap takdir yang kita terima, bukan sudut kesukaran dan kekurangan yang terdapat padanya.. Bersangka baiklah pada Yang Mentakdirkan dan telitilah setiap hikmah di sebalik setiap kesukaran..”

2) “Dalam setiap kesibukan yang melanda, belajarlah menguruskan masa.. Supaya disebalik kesibukan itu, kita sentiasa ada masa untuk diri dan untuk Allah.”

3) “Dalam setiap kesulitan yang kita rasai, sebenarnya Allah telah selitkan berjuta2 hikmah yang tak terdetik di hati. Pasti ada kebaikan2 masa depan yang tersembunyi.. Kita hanya perlu bersabar dan yakin.”

4) “Dalam setiap ujian yang diberi, tujuan utama Allah adalah ingin mengangkat dan memuliakan diri kita dengan memberikan pahala sabar..”

5) “Dalam setiap usaha kita yang terasa payah, Allah ingin mentarbiyah diri kita tentang darjat yang lebih tinggi untuk sifat tawakal. Tawakal, hanya mampu dihayati oleh jiwa yang benar2 percaya pada Yang Maha Kuasa..”

6) “Orang beriman itu pelik.. Bila dia dapat kebaikan dan kesenangan, dia gembira dan bersyukur.. Bila ditimpa kesukaran, dia juga gembira, tenang dan sabar.. Kenapa? Sebab dia tahu, di sebalik kesukaran itu, bertimbun2 pahala yang dia dapat dengan sabar.. Dan bertingkat2 darjatnya di sisi Allah bila dia redha dan sabar.. Sabar juga adalah sebahagian cara dan tangga untuk capai kemanisan iman.”

................

Terima kasih kepada insan2 yang dipilih untuk menyampaikan nasihat2 ini..

Jika nasihat ini mampu dihadam dan dijiwai, pasti kita mampu mengubah:

7) Murung bertukar senyum, gelisah bertukar tenang, keluhan bertukar syukur, dan kosong bertukar pahala.. :)
..........................................................................................................................................................

Dalam lapang, kita boleh memilih untuk sempit. Dalam sempit, kita boleh memilih untuk lapang. Bagaimana melapangkan sempit? Hanya dengan mengubah persepsi jiwa, dan mengukuhkan 'pandangan' iman..