Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Showing posts with label Rasa hati... Show all posts
Showing posts with label Rasa hati... Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Bersempena 1 Ramadhan, saya menulis~ :)

Bismillahhirrahanirahhim....

Berlalang sudah laman teduhanku ini, berbulan2 tak jenguk (",)'
Sebenarnya, selalu excited nak menulis pasal kehidupan saya sekarang, pengalaman sebagai isteri dan paling best sebagai seorang ibu.. :) Tapi tak juga tertulis2, kononnya nak buat nanti dan nanti.. Yup, as usual, pengajarannya jangan bertangguh..

Alhamdulillah, hari ini 1 Ramadhan.. Tetiba kuat betul datang perasaan nak menulis walaupun tak tau nak tulis apa. Oleh itu bersempena 1 Ramadhan ini, saya ingin memecahkan benteng kemalasan menulis, dengan menaip apa saja yang terlintas di hati saat ini.. ;)

Ini adalah blog saya dan tempat saya meluahkan rasa, jadi saya mempunyai kebebasan hakiki untuk menulis apa saja (asalkan dalam batasan kebaikan).. Lebih kurang macam menulis dalam diari la, menconteng2 perasaan dan harapan... ^_^

........

Di hari yang mulia ini, saya amat2 berterima kasih kepada kekasih hati saya.. My one and only rabb, Allah s.w.t; kerana mengizinkan saya sekali lagi menghirup udara Ramadhan, merasai limpah rahmatNya, meraih peluang keampunan, dan mengaut keuntungan pahala sebanyak2nya.

Yang kedua, saya juga bersyukur kepada Allah, di samping berterima kasih kepada 'agen penyampai nikmat' dariNya ini, my belahan jiwa..  :) Terima kasih bebanyak kerana selama ini, sentiasa menjadi suami dan ayah yang sangat amat penyayang, penyabar, rajin, serta murah senyuman dan kasih sayang.. :)

Yang ketiga, saya  bersyukur kepada Allah, kerana menambah nikmat atas nikmat dengan meminjamkan saya seorang anak yang soleh, musleh lagi comelll... :) Ya Allah, tak terhitung segala nikmatMu..

.....................

Harapan Ramadhan saya kali ini..
* Nak gilap solehah dalam diri
* Nak buat hafalan
* Nak khatam Quran
* Nak tahajud setiap hari
* Banyakkan ibadah sunat n zikir..
* Memperbanyakkan doa
* Aim lalilatulqadar

(Matlamat ini ditulis untuk menfokus dan memotivasikan diri sendiri)

Biarpun saya mungkin tak akan ada peluang untuk menjejakkan kaki ke masjid untuk berterawih (kerana hadirnya si kecil untuk didampingi), tapi saya yakin Allah yang maha penyayang tetap akan memberikan ganjaran yang baik  kepada saya kelak, seandainya pengorbanan sebagai ibu saya jalankan, dan amanah dariNya ini saya asuh dengan baik, da;am masa yang sama tetap berusaha menjalankan ibadah kepadaNya..

Wahai Allah, jadikan aku isteri dan ibu yang penyanyang, tak lokek berkorban apa saja, dan tak culas menjaga amanah2Mu..

Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik...


Tuesday, 1 January 2013

My '7 month and 6 days' life.. :)




Alhamdulillah~

Banyak nikmat yang Allah hadiahkan kepada saya dalam masa2 yang berlalu ini.. :

- Alhamdulillah, masih sempat masuk tahun baru.. :) Terlalu cepat masa berlalu.. Kenangan2  tahun 2012 akan sentiasa dalam kenangan..

- Alhamdulillah, dah 7 bulan 6 hari saya bergelar isteri.. :) Terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan dalam hidup saya, terasa terlalu sedikit kesyukuran ini berbanding segala nikmat pemberianNya...

- Alhamdulillah, dah 30 minggu 6 hari saya menjadi 'makhluk yang istimewa'..:)

Kenapa?

Kerana saya punya dua jantung, dua rentak nadi dan dua ruh..

Oh, siapa saya? :)

Alhamdulillah.. i am a 'mom to be.' ^_^

...............

Di hari pertama saya meninggalkan tahun penuh kenangan ini, senang sekali rasa hati ini untuk mengabadikan beberapa kenangan tahun 2012 yang istimewa..

..........

Kenangan Pertama:

26 Mei 2012


Tarikh pernikahan saya bersama seorang pemuda pilihan Allah yang sangat baik.. :)

Tarikh yang telah mengubah keseluruhan hidup saya.. Bermula dari hari itu, rutin harian saya tidak lagi sama, tanggungjawab saya berubah, dan ranking insan2 yang saya sayangi telah 'dirombak'..

Kerana pada hari itu, segala perhatian dan kasih sayang saya perlu berpindah dari mama tersayang kepada seorang insan yang lebih layak... iaitu encik suami ini.. :)


-Baru selesai diijabkabul-
...............


Kenangan2 bersama yang tak mungkin dilupakan.. 
(selagi Allah izin untuk saya mengingatinya..)

Jun 2012
-Get a very happy news :)-

Knowing that I'm pregnant, 
is the most beutiful moment in my life..:)
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.. 

18 September 2012
-'Three' of us when to Cameron Highland :) -

    [Keadaan jalan yang sangat teruk, sepanjang jalan memasuki farm,
buat saya risau pada baby..
Alhamdulillah, dia dilindungi dengan baik oleh
Penciptanya yang Maha Melindungi.. :) ]


:)

.................

20 September 2012
-Get a special gift on my birthday.. ;) -

 (Thank you so much! ^_^)

...................

26 Oktober 2012
-Beraya haji dan buat korban- 



............

-When to MAHA-

dan banyakk lagi event yang tak tertulis..

.........

Terima kasih akan nikmatMu

Subhanallah.. Sepanjang tempoh penikahan ini, saya telah melalui hari2 yang setiap hari berbeza.. Hari2 yang mematangkan fikiran dan perasaan saya, hari2 yang penuh ketenangan, dan hari2 yang sentiasa mengamit hati saya agar lebih mendalami hakikat syukur.. Alhamdulillah..

Begitu unik susunan Allah dalam menzahirkan nikmatNya buat saya..

Saya sedang menjalani kehidupan berumahtangga yang telah disusun cantik oleh Allah .. Ia satu proses penyesuaian diri yang panjang.. Menyesuaikan diri dengan perbezaan, kelebihan dan kekurangan masing2. Hidup dengan kekasih hati dalam ikatan yang halal tentu saja sangat indah..:) Namun dalam kita merasakan sudah indah itu, Allah ada  rancangan lain untuk menjadikan hubungan itu jauh lebih indah. Rencana Allah diluar batas perancangan manusia, tetapi perancangan Dia lah yang terbaik..

Seperti hubungan kita dengan Allah.. Allah akan sentiasa menghantarkan kita ujian demi ujian untuk  mengeratkan lagi hubungan cinta kita denganNya. Supaya kita lebih dekat dengannya.. Dengan ujian itulah Allah menilai sejauh mana dan sedalam mana cinta kita kepadaNya..

Begitu juga jalan cinta saya dengan pasangan hidup anugerah Allah ini.. Ada ujian2 penyeri hidup. Tanpa ujian2 itu, saya sedar, tak akan ada keserasian dan kasih sayang seperti yang kami miliki sekarang..

Dari ujian jugalah kami dapat lebih mendalami hati masing2.. Tanpa ujian, saya tak akan tahu dia seorang suami yang baik, penyabar dan prihatin..:) Alhamdulillah..

Sepanjang pernikahan kami, apa yang dapat saya luahkan adalah setulus ucapan:
Terima kasih yang tidak terhingga.. (buat suami) dan Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. (syukur padaMu Allah)..

............

Syukur akan hadirmu.. ~
 

Alhamdulillah.. Segala puja dan puji hanya bagiNya.. Tidak cukup dengan menganugerahkan saya peluang menjadi isteri, Dia tambahkan pula nikmat perasaan menjadi seorang bakal ibu.. Subhanallah.. Ia satu nikmat dan rahmat yang tak ternilai buat saya.. Terima kasih Allah..

Pengalaman membawa satu jasad dan ruh baru dalam diri, tentu sekali satu pengalaman asing yang tak pernah dirasai sebelum ini, dan tak mungkin dapat dilupakan.. Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Ada yang sangat teruji, ada yang sederhana diuji dan ada yang biasa2.. Saya tak tahu saya dalam kategori mana.. Mungkin sederhana..

'Wahnan 'ala wahnin' (weakness upon weakness).. Satu pengalaman yang sedang dirasai dan akan terus dirasai dalam satu tempoh masa lagi. Subhanallah.. Tiada langsung kekuatan untuk mengharunginya melainkan segala kekuatan itu dipinjamkan oleh Allah.

Mendoakan, semoga diri ini layak untuk menjadi seperti ibu yang dimuliakan Allah dalam kalamNya..:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)" (Surah Luqman: 31)

.........

Betul kata orang, kelebihan menjadi anak perempuan adalah suatu hari nanti, dia akan dapat memahami segala perasaan, pengorbanan, kelelahan dan sifat keibuan ibunya sendiri.. Sekarang, saya telah lebih memahami ibu saya berbanding sebelumnya.. Bertambah rasa kasih dan hormat padanya bila mengenangkan kesusahan2 dia mengandung dan melahirkan saya dan adik2 dulu. Lepas melalui keperitan melahirkan nanti, tentu saya lebih2 menghargai dan mengasihinya..

.........

Kesimpulan:

Kesimpulan kehidupan sepanjang berumahtangga:

Kadang2 kita rasa bahagia, kadang2 kita bersedih dengan ujian. Kenapa kita sedih? Sebab ujian itu kita nilaikan sebagai masalah. Jadi, sedang dalam koreksi diri: Ujian bukan masalah, tapi peluang dan pintu pada kegembiraan yang lebih baik.. Bukankah Allah perancang yang terbaik?

Bersyukur itu sesuatu yang sangat amat perlu. Benar janji Allah. Kalau kita bersyukur, Dia akan menambahkan nikmatNya.. Tak susah pun bersyukur, tapi manusia selalu lupa..

Doa. Itulah kekuatan seorang insan yang bergelar hamba yang lemah kepada Yang Maha Kuasa. Kita tak ada kekuatan lain selain berdoa kepada Allah untuk menganugerahkan kita apa yang kita perlu dan harapkan. Dalam berdoa, usaha itu kuncinya. Kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika seseorang itu tidak merubah dirinya..

Terasa kebenaran janji Allah: Jika kita menjagaNya, Dia akan menjaga kita. Jika kita meninggalkan sesuatu yang kita suka tetapi Allah tak suka, demi Allah, Allah akan gantikan dengan yang jauh lebih baik.

♥ Percaya pada Allah dalam takdir2 mendatang yang kita impikan.. Jika kita yakin padaNya, Kita tak akan kecewa..

..........

:)

Moga Allah mudahkan segala2nya.. Moga Allah rahmati dan redhai kami sekeluarga..

Selamat Tahun Baru kawan2.. Doakan kami~ ^_^



Saturday, 21 April 2012

'Your names' make me peace..


In every hardship I face,
I feel peace
when I lets 'Your Names'
flow in heart..

Alhamdulillah~

Thanks Allah..
I ♥ U
^_^


Sunday, 12 February 2012

Turn to Him..


Sweetest feeling in ♥,
when Allah is the only one I rely on~ 

.....

Ketika diuji, diriku perlukan doa..
dari diri sendiri
dan dari kamu sahabat..

Kerana sumber kekuatan hanya dari Allah lah,
diri ini sangat bergantung padaNya 
sentiasa dan selamanya..

Saturday, 3 December 2011

Alhamdulillah..

 
I thank You, Allah,
with every breath I take...


.....................

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Indah sungguh bergantung harap pada Allah,
Tuhan yang memiliki segala kekuasaan,
dan tak pernah mungkir janji..

" Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan di hati kami. 
Sungguh, Tuhan kami benar2 Maha Pengampun, Maha Mensyukuri.."
(Al-Fatir:: 34)

........

Ada yang lebih baik dari Dia?
Tak kan pernah ada..
:)

Friday, 18 November 2011

A bad day?


Thanks Allah ~

 ..............

Ketika susah..
Ada
pemujuk yang Maha setia,
pembelai jiwa yang Maha Pengasih.. :

“Dan kerana Tuhanmu, bersabarlah..”
(Al-Muddatsir:7)


"    .... hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas"
(Surah Az-Zumar: 10)

Fasobrun Jamil :)

Alhamdulillah.. 

Kini..
Ujian itu, 
terasa nikmat.. :)

......................

I face a bad day~
and I ♥ it~ :)


Friday, 28 October 2011

Doakan..


..Doakan..


Masa lampau atau kesilapan semalam
bukan satu halangan
untuk kita berubah menjadi orang yang baru..

Kelibat diri yang dulu
bukanlah satu bayangan yang perlu dirisaukan
untuk terus melangkah,
mencipta dan membentuk peribadi diri yang baru..

Tangkis, semua pandangan manusia
lenyapkan, segala kegusaran hati sendiri
buka, benkung ketakutan dalam diri
padam, semua kenangan buruk masa silam .. 

Bangkit dan bangunlah semula.. 

Lakukan semua itu untuk pertahankan satu pinjaman berharga!

.......... 

Menyeru diri, diri dan diri:

Teruslah melangkah dan mencari semula hidayah Allah, yang terasa semakin hari semakin memudar. Bi’ah yang sangat menguji ini, bukan seharusnya dibiarkan untuk terus-terusan mengikis iman dan hidayah yang telah dipinjamkan.. Diriku ada tarbiyah, punya sahabat, ditemani Allah.. Semua itu cukup, dan sangat sempurna untuk menjadi pemimpin dan peneman setia di maya kehidupan ini..

"Orang2 yang berada dalam tarbiyah, futurnya untuk menguatkan.."

 Mudah-mudahan..

.........

Doakan diri ini, bagi yang mengenali.. Terima kasih.



Wednesday, 26 October 2011

FB? :)

(-_-)


Menetap di rumah beberapa bulan ni,
membangkitkan rasa..

'Nak buka akaun facebook' ..

:)

Kenapa?

..............

Semua orang tahu,
FB merupakan medium yang
paling berkesan dan paling popular
di abad ini
untuk saling berhubung dengan kawan2 yang dirindui.. :)

Em,
buntu juga bila selalu dengar orang kata: 

"Lebih elok tak ada FB, nanti banyak buang masa"
(dan beberapa keburukan fb lain yang semua sedia maklum)

Saya juga rasa macam tu..
(sebab tu sampai sekarang, risau  nak buat fb)

Tapi dari satu sudut,
rindu sangat nak berhubung
dan nak tahu keadaan2 semasa
kawan lama,
kawan ukm,
kawan rumah,
kawan sekolah,
'kawan2 dunia akhirat'.. 
:)

..........

Tapi, saya tengok
ada juga kawan2 yang bijak menggunakan
 fb sebagai medium bagi perkara2 yang baik
dan dapat bahagikan masa dengan baik..

Saya?
Saya tak berani jamin saya sehebat mereka
untuk menggunakannya dengan baik
tanpa apa2 kesan buruk buat diri..

...............

Effective tak,
nak buat FB untuk kembalikan 
'rasa bersahabat'?
hu~

Em..
Boleh ka,
hanya dengan satu alasan tu,
saya ketepikan keburukan2 lain
yang mungkin akan saya terima nanti?

Kawan2 + berkongsi ilmu dan maklumat
vs
ketagihan FB?

.......

Buat saya fikir panjang:

 (-_-')

Nak 
atau 
Tak?

Em..
demi kebaikan diri, masa depan dan agama,
harus difikirkan lagi.. 
(",)

................

Tuesday, 20 September 2011

Dah makin tua..

..Terima kasih semua..
Special thanks to:
'Insan yang telah melahirkan..'

..........................

23 tahun lepas..

Bersama satu tujuan:
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.."
(Surah adz-Dzariyat: 56)

Bersama satu janji:
"Adakah aku TuhanMu?"
"Ya, aku bersaksi.."

Bersama satu harapan:
"Semoga anak ini menjadi anak yang solehah,
penyejuk mata dan penenang hati kami.."

Bersama satu pengorbanan,
yang selamanya
tidak mungkin terbalas..

 "Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
(Surah Luqman: 14) 

..20091988..
Bermulanya
perjalanan satu jasad dan ruh
dalam melaksanakan tujuan hidupnya
sebagai
seorang hamba..
dan
seorang muslimah..

Semoga 23 tahun yang berlalu ini,
bukan sesuatu yang sia2..

Walaupun
tujuan, janji, dan harapan itu,
tidak sepenuhnya terlaksana..

Namun,
jasad dan jiwa ini,
masih mengenggam hakikat yang sama:
Tujuan dan matlamat hidup yang sama.
InsyaAllah..

"Doakan saya"

Selamat hari tua..

"Semakin bertambah usia, semakin dekat dengan kematian"
"Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.."

...............................................................................................................................................

(^_^)

Nak ucapkan..
Terima kasih pada yang mengingati:

K.Nawi:
"Ya Allah, perkayakanlah sahabat yang kusayangi ini 
dengan keilmuan, hiasi hatinya dengan kesabaran, 
suburkan jiwanya dengan keimanan dan 
muliakanlah wajahnya dengan ketaqwaan..
hepi besday!"

Atiqah:
"Happy birthday kawan.. " :)

Ibunda tercinta:
"Happy birthday,
semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan.."

Ayahda tercinta:
"Happy birthday.
Tambahkan kesyukuran, ketaatan,
keimanan, dan ketaqwaan kepadaNya.."

Liyana:
"Happy birthday,
hadiah tunggu 9 hari lagi.."
:)

D.E:
"Hepi bezday.."

K.idad:
"Hepi besday.."

Deyla:
'Ucapan yang tak terkata..'
:)

dan..

"Selamat Hari Lahir.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.."

..Terima kasih atas semua doa dan ingatan..

.............................................

Masuk bilik, ada satu hadiah dan 'kad' atas meja..
Dah sedia maklum pemberinya..
Terima kasih wahai ibu..
:)


Friday, 26 August 2011

Gembira hari ini, dan....

  -->  (-_-')



Alhamdulillah..

Hari ni belajar sesuatu lagi ..
Pengajaran yang betul2 mengajar
Pengajaran berharga,
tentang rasa gembira..

Setelah membuat pemerhatian
Setelah direnung dan direnung
Setelah difikir dan dilalui sendiri
Satu ibrah dapat diambil.. :

Jangan, jangan, dan jangan
'Terlalu gembira dengan rasa gembira'
Kerana nanti kita akan sedih sangat..

Benarlah Islam menuntut qanaah
Bukan sekadar dalam pengurusan harta
Tetapi juga dalam mengendalikan rasa

............

Jadi, bila rasa gembira,
Apa sewajarnya kita lakukan?
Bersederhana mempamerkannya.
Biarpun hati sangat berbunga ketika itu
Ajarlah diri menzahirkannya seadanya...

Kenapa saya menulis ini?

Sebagai peringatan buat diri..
Agar sentiasa beringat,
Kalau selepas sedih ada gembira,
Tak mustahil,
Lepas gembira juga kita akan merasai sedih..

Kerana..

Allah ingin mengingatkan kita,
‘Tiada kegembiraan abadi di dunia...’
dan...

'Dalam setiap keadaan, kesederhanaan itu sentiasa yang terbaik!'

Friday, 29 July 2011

Sedih + Kecewa + Terkilan = (^_^)


Sedih.
Satu nikmat dari Ilahi, buat insan merasai  derita,
Didikan Allah, untuk memperkasakan diri..

Kecewa

Ketika kecewa dengan manusia, baru kita sedar, betapa ada cinta yang tak pernah mengecewakan.. Selama2nya..

Walau seorang sahabat yang sangat kita sayangi dan menyayangi kita, tetap juga akan membangkitkan rasa sedih di hati kita.. Mungkin juga dilakukan tanpa sengaja, tanpa niat.. Hakikat hidup sebagai insan, pasti akan menyakiti dan disakiti.. Itu fitrah menjadi insan.. Fitrah sebagai hamba..

Kerana apa?

Kerana yang bergelar hamba akan sentiasa di’hias’ dengan kekurangan dan kelemahan. Terkadang, sengaja Allah membuka kekurangan dan kelemahan itu dimata kita ketika sayangnya kita pada insan itu semakin meninggi.. Kerana Allah ingin menegur kita, sejauh mana sayang kita pada sesiapa pun, hanya Dia yang selayakNya dicintai.. Hanya Dia.

Tapi...
Selama hayat masih didampingi insan, tak mungkin kita dapat lari dari berkasih sayang dan sesekali terkilan dengan insan2 sekeliling. Malah, insan adalah anugerah terhebat buat yang bergelar insan untuk jiwa berasa tenteram dan aman.. Jika tidak, mana mungkin Allah menciptakan Hawa untuk Nabi Adam, pendamping dan peneman hidup di Syurga..

Terkilan

Jadi, andai saat ini ada hati yang terkilan dengan hamba Allah yang bergelar 'insan',  fikirkan kembali sebab kedatangan insan tersebut dalam hidup. Allah sengaja menghadirkan dia sebagai asbab untuk kita merasai didikanNya.. 

Fikir sedetik, dia hanya seorang hamba yang diutus untuk menjalankan peranannya  dalam hidup kita sebagai 'seseorang'. Dia menjalani hidup sama seperti kita,  menyusuri takdir yang telah tersurat. Pasrah menjalani perjalanan yang tertulis di Lauh Mahfuz. Sama seperti kita, tidak pernah mengharap sebarang kesilapan, apatah lagi kesilapan yang bakal menyakitkan hati sahabatnya sendiri.

Dia menjalani detik hidup, melakukan sesuatu atas ketetapan, ketetapan Yang Maha Bijaksana. Oleh itu, ketika kita disakiti, itu kehendak Allah.. Cara Dia mendidik jiwa untuk lebih kental menghadapi dunia yang lebih payah kelak. Dia Maha Tahu sejauh mana hati kita perlu 'disakiti' untuk menjadikannya kuat bagi menghadapi hari esok yang jauh lebih 'mendung' dari hari ini.

................................................................................................................................................................
Wahai hati yang terkilan, 
Selama mana perlu terus-terusan begini?, 
Pilihlah, 
antara derita menanggung rasa terkilan atau bahagia merasai ketenangan?

Hati ini juga pernah terkilan,
Pernah terpalit duka dan benci,
Namun atas rahmatnya
Ku sedar, ia hanya mainan syaitan buat hati menjadi gundah,

Bukankah Allah telah berfirman, 
"Hanya dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang"

Justeru, hati ini sentiasa cuba hadirkan Dia dalam setiap rasa yang lahir..
Semoga kehadiranNya mampu melebur setiap rasa2 hati yang tidak senang.
Semoga diriku mampu menjadi seorang hamba yang sentiasa berbaik sangka,
Seorang yang 'optimistic'..
:)

"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat" (Surah al-Hujurat: 10)

..............................................................................................................................................................

Ketenangan memaafkan.. Ubat penenang buat jiwa yang telah terkesan dengan racun 'disakiti'..
 
Jom, sama2 maaf memafkan.. :)


Thursday, 5 May 2011

Perlukah Ada Rasa Rindu?


Benarlah kata mereka.. Kita akan mula menghargai, bila kita kehilangan..

Petang yang tenang bersama sahabat2 rumah, membawa diri menyelam satu rasa yang dalam.. 2 minggu yang penuh bermakna. Membuat jiwa sedar, menghargai itu asas kukuhnya sebuah hubungan..

Perlukah

Munsyid : Forheart
http://liriknasyid.com

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu


Diselubungi rindu...

Rindu.. Satu perasaan yang  hadir apabila insan yang pernah bersama kita, lama atau sekejap, mula membawa haluan baru.. Sama ada dia pergi jauh, atau masih dekat disisi..
Pernah rasa tak? Sunyi dalam keramaian....
...............

Bila rindu mula meresap dalam jiwa, hanya Allah yang tahu, betapa diri ini kaku menjalani detik hidup..

3 insan telah berjaya membuat diri ini cukup pilu menahan rindu.. Hati memujuk. "Ini hanya satu rasa, yang pasti akan hilang.."  Mungkin. Tapi pasti memakan masa yang lama..

Menariknya rasa rindu..

Sebenarnya..

Rindu itu sangat indah.. Andai ia lahir dari ukhuwah yang dibina kerana Allah. Memberi kita ruang dan peluang, mendalamkan kasih pada insan yang jauh..

Rindu itu sangat manis.. Andai rasa itu mampu menyuntik syukur di hati.. Menyedarkan kita betapa tingginya 'harga' pemberian Ilahi..

Rindu itu sangat berharga.. Andai ia mampu 'menarik' 2 jiwa mendekati Yang Esa.. Mampu menyatukan hati dalam satu rasa.. : Cinta Maha Esa..

Rindu itu bukanlah satu rasa yang menyiksakan andai ia dalam bendungan. Tak dinafikan, merasainya cukup memedihkan, memendamnya cukup memeritkan.. Justeru, ia perlu dibendung bagi mengikis rasa2 yang hadir itu.. Bendung dan bimbinglah rasa rindu dengan satu rasa yang lebih besar: SABAR..

Wahai diri, terus bersabarlah dengan rindu..

Mari menghargai!

Bukanlah selayaknya penghargaan itu diberi saat pemergian mula bertandang.. Belajarlah menghargai saat dia di depan mata.. Jangan sesalkan diri dengan tindakan sendiri.. Lenturkan ego, sebarkan rasa sayang.. Nescaya diri rasa lebih bahagia..  :)

Rindu, menyedarkan insan pada hakikat 'menghargai', dan mengajar erti 'kesabaran'..

Indahnya ukhwah, andai bertemu dan berpisah kerana Allah..

Perlukah ada rasa rindu?? Sangat perlu.. :)