Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Showing posts with label Yang istimewa... Show all posts
Showing posts with label Yang istimewa... Show all posts

Saturday, 21 April 2012

'Your names' make me peace..


In every hardship I face,
I feel peace
when I lets 'Your Names'
flow in heart..

Alhamdulillah~

Thanks Allah..
I ♥ U
^_^


Friday, 17 February 2012

Merindui kalian: Sahabat2 'pelbagai status'.. :)

Merindui:
Mereka yang 'sebaya'
tapi..
lain status sudah...
:)
(sebahagiannya..)

...........

Sama usia,
lain peribadi,
lain takdir,
lain susunan masa depan..

kerana kelainan itu,
 kita semua menjadi berbeza..
dan perbezaan itu,
adalah ketetapan Allah,
untuk kita
menjadi unik dengan kelebihan masing2..

Sahabat2 ku..
yup, mungkin diriku agak 'pendiam'
(kadang2..)
sukar berkata2
kurang meluahkan..
tapi hati ini
hakikatnya tak pernah diam bila 
memikirkan @ mendapat berita2 baru dari kalian..

So, dikesempatan ini..
ku ingin 'lepaskan'
kata2 yang terbuku di hati..
(terbuku setebal kamus sudah.. hu)

Bagi yang membaca,
terima kasih sudi menjengah ke sini..
Bagi yang tak baca,
ini harapan dan doa buat kalian..
:)


Dengan nama Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Cerita walimah, berita kelahiran.. Kedua2nya merupakan peristiwa gembira dan membahagiakan.. Kedua2 berita ini lah yang menjadi penghias seri tahun ini..  :)

Tahniah pengantin2 baru: Syafikah, Sukainah, Sha..
Tahniah si ummi baru: Maryam..

Cerita walimah dan berita kelahiran ini, membuatkan saya teringin untuk berkongsi sesuatu... Sesuatu yang terlintas di fikiran. Buat kita: saya dan kamu yang bergelar muslimah.

...........................

Hari makin hari, diri kita semakin dewasa, semakin matang.. Dan diri yang dewasa itu, saya percaya sering memikirkan dan berhajat pada sebuah kehidupan masa depan yang sempurna sebagai seorang wanita.. :) Ia satu petanda, diri itu memiliki kesempunaan dalam membuat pertimbangan untuk memilih kehidupan yang lebih baik dan lebih diredhai..

Jiwa dewasa itu, menjadikan saat2 kehidupan ketika ini sebagai satu tempoh masa yang kritikal untuk berfikir dan membuat keputusan. Keputusan dalam memilih 'jawapan' untuk kehidupan akan datang.

Dan, ramai sudah  sahabat2 saya yang telah berhadapan dengan pilihan dan telah membuat pilihan dalam hidup.. Mereka telah memilih seorang pepimpin harapan dengan jawapan istiqarah.. Membuat pilihan berdasarkan iman, untuk masa depan iman mereka juga..

Ya, saya tumpang gembira dengan hari-hari bahagia mereka. dan turut merasa bahagia bila hidup mereka dilengkapkan dengan gelaran ummi, ibu, mak, mama.. :) teman sekelas, rakan seperjuangan, yang telah dikurniakan kehidupan berkeluarga.. Subhanallah! Ketentuan yang sangat indah buat mereka..

Memikirkan semua ini, fikiran saya melayang pada kenangan dahulu dan realiti sekarang.. Teringat pada sahabat2 teman sepermaian dan sepengajian..  Dulu, sama2 'bermain'.. Tapi sekarang, alhamdulillah, sebahagian dari mereka telah menuruti sunnah dengan baik.. Sebahagian lagi pula bakal menyusul.. Semua ini membuatkan saya bertasbih dan bertahmid pada Allah, yang menyusun semuanya dengan cukup sempurna.. Sahabat2 saya telah menyahut 'seruan baitul muslim'! :) Subahanallah.. Cepat sungguh masa berlalu..

.......................

Buat sahabat2 yang telah bergelar ibu..  
(hajar, hafsah, juwairiyah, fatimah, fatin, maryam..)

Tahniah, dirimu telah dianugerahkan Allah, merasai kehidupan yang sempurna sebagai seorang wanita.. Didik dan bersikap ihsanlah kepada anak2, mereka anugerah yang tak ternilai di dunia ini.. Semoga putera puterimu kelak membesar dengan baik sebagai pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa, menjadi penyejuk mata dan penenang hati kita semua dan sumber pahala yang berterusan buat dirimu..

Buat sahabat2 yang bakal bergelar ibu..
(salimah, nabihah..)

Semoga sentiasa kuat fizikal dan rohani dalam mengandung dan 'mendidik' ruh yang baru ditiup dalam rahimmu. Semoga setiap detik, dirimu merasai keindahan 'mengandungkan' satu nyawa yang berikrar pada Allah akan mengabdiannya, menerima doa dan zikir dari makhluk2 bernyawa di dunia ini.. Tahniah, rahimmu telah dipilih untuk mengikat janji dengan Yang Maha Esa.. Semoga menjadi ibu yang penyayang kelak, penuh cinta dan kasih pada anak2.. :)

Buat sahabat2 yang bergelar isteri..
(syafikah, sha, sukainah, afeefah, atikah, ummu aiman, ummu hani, una dan ramai lagi..)

Tahniah, telah dipilih Allah untuk mengaut redhaNya dalam sebuah ikatan yang diberkati.. Jadikan baitulmuslim yang telah dibina itu sebagai sumber pahala, sumber ketenangan dan kebahagiaan.. Berbahagialah, bersyukurlah.. Kerana telah berjaya menjadi sayap kiri buat si dia, mujahid di jalan Allah.. Semoga dirimu berjaya dengan cemerlang untuk menjadi sayap yang turut meninggikan kedaulatan agama Allah, penyejuk mata, penenang hati suami.. :)

Buat sahabat2 yang bakal bergelar isteri..
(nasirah dan husna mat isa..)

Teguhkanlah mujahadah dalam ikatan perjanjian yang masih belum menghalalkan apa2 untukmu.. Ruang waktu ini penentu kemanisan yang bakal kalian kecapi. Jangan sia2kan keindahan yang bakal dibina kelak dengan dosa2 fikiran dan hati yang dibisikkan syaitan.. Jagalah Allah, Allah akan menjagamu.. Tinggalkanlah sesuatu yang dibenci Allah, nescaya Allah akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik untukmu.. Semoga berjaya membina ikatan yang halal dengan cara yang baik lagi diredhai.. :) Semoga Allah berkati dan lancarkan majlis walimatul urus nanti..:)

Buat sahabat2 yang masih belum atau masih menunggu 'seruan' itu...

Ia bukan soal lambat atau cepat. Bukan jua satu ujian yang teruk.. Tapi ia tanda kasih sayang Allah.. Kerana apa?

Kerana kalian sebenarnya dipilih untuk berada dalam acuanNya.. Allah 'menahan'mu dalam satu siri 'memperindahkan peribadi', supaya dirimu kelak memasuki gerbang yang dinanti itu dengan hati yang penuh bersedia, peribadi yang cukup indah.. Pasti beruntung bakal pemilik dirimu.. kerana memiliki hati yang benar2 dididik dan dihias secantik2nya.. :)
Siapa kata lambat itu tidak baik?
Allah saja tahu, rencana yang disusun khas untukmu.. :)

Dan,

Kepada sahabat yang masih 'menjauh hati' atau 'mengelak diri' atau ragu2 atau sedang 'dalam istiqarah'..

Jangan berhenti berfikir dan berfikir.. Fikirlah tentang masa depan hidupmu. Bukan sekadar berfikir  tentang masa depan sebagai seorang wanita atau sebagai insan yang akan meningkat usianya, tapi fikirlah masa depanmu sebagai seorang hamba.. Yang hidup masa depannya dituntut untuk menuruti sunnah, mengharungi gelombang fitrah dan naluri dengan ketenangan dan kebahagiaan. Tentunya pasti, kehidupan berumahtangga bukan selalu indah, tapi jangan jadikan ia sebagai satu alasan menolak fitrah, mengetepikan sunnah. 'Kekecewaan masa lalu' juga bukan selayaknya menjadi alasan. Ia satu pengalaman yang mematangkan jiwa dan perasaan..

Sentiasalah ingat wahai sahabat, hidup masa depan kita sangat memerlukan:
- Sebuah takungan ketenangan untuk kita hirup setiap hari bagi menghilangkan dahaga dalam haru biru dunia.
- Sumber pahala yang 'kekal dan stabil' untuk sentiasa dikutip bagi menambahkan timbangan akhirat
- Satu jiwa yang sentiasa ada untuk kita berkongsi rasa, lengkap melengkapi, dan untuk memimpin hati kita yang dikatakan rapuh.
- Dan yang paling penting, semua ini sangat diperlukan untuk kita merasa lebih bersyukur dan bertambah bersyukur atas nikmat Allah dalam 'pembinaan masjid' itu kelak...

.......

Hu.. Nasihat dari seseorang yang tak berpangalaman dan cetek ilmu..  Sabda junjungan kita,  Rasulullah s.a.w: "Sampaikanlah walaupun satu ayat.." So, terimalah luahan dan maksud hati yang disampaikan ini..

Mudah2an Allah terima sebagai satu amalan dan sebagai sebuah doa buat sahabat..

........

Buat dirimu dan diriku, muslimah..
Kerana sedar kita 'mawar agama',
maka, ku titipkan doa di sepanjang nafas ini..
Semoga kitalah penyejuk mata dan penenang hati seisi dunia,
perhiasan terbaik seluruh alam..
'Si wanita solehah..'
:)


Monday, 15 August 2011

Rindu daerah sana..


.........


..Rindu..

Saya sangat rindu..
daerah sana.

Rindu 
suasana di sana. 

Rindu 
jasad2 dan hati2 di sana..
 (-_-)

Saya betul2kan rindu
..mereka..

......................................

Penghuni2 'sebuah rumah', 
saya sangat rindukan kalian..


['MT']

Rumah itu. 
Seperti namanya, 
telah mentarbiyah diri saya. 

Mendidik peribadi, 
melatih diri.
untuk menjadi sahabat yang lebih baik..


Saya kagum.
Dengan keunikan insan2 di sana..
:)

si puitis
si ruhi
si ceria
rumate yang setia,
pakar memasak,
super busy women
dan tak lupa..
ada seorang sahabat baik 
yang saangat setia..
(rindu kamu anis..)
:)

............

Kawan2 di sana,
terima kasih..

Walau saya 'lain',
tapi
kalian telah meraikan saya dengan baik..
'Penangan' tarbiyah
Mungkin itu jawapan terbaik 
untuk peribadi kalian yang hebat.. =)

................

Sangat riindu..
mereka di 'kediaman 21'

(..sedih..)
(".)

[Ibarat melalui level2 permainan
dari senang ke susah..]

Dari 'madrasah tarbiyah', saya berpindah ke
'baiti jannati'..
:)

Bersyukur..
Saya telah
menjadi 'yang terpilih'
untuk menjadi penghuni di sana

Di rumah ini

Saya dididik 
secara langsung 
untuk lebih memahami insan2 sekeliling


Saya belajar
menghargai, mengasihi, dan mencintai
bukan sekadar 
jasad dan hati yang biasa
tapi
jiwa2 yang luar biasa

Mereka.
'insan2 pilihan'
yang dihadirkan khas
untuk 'mendewasakan' diri..

Adik, kakak, dan sahabat
masing2 mempunyai 'cara' tersendiri
dalam mentarbiyah diri..

Terima kasih insan2 yang dikagumi di sana..
Walau singkat masa saya disana
tapi 'dalam' tarbiyah yang dilalui..

Saya pasti
rindukan saat2 bersama..

Rindu
' memasak sambil membebel ' :)
rindu tersesat jalan
rindu masakan sedap2
rindu sharing moment..
rindu masa2 susah senang bersama 
rindu makan angin sama2
dan segala2nya..
(tak tertulis di sini..)
:)

Rindu kalian,
insan2 teristimewa:

K. kirah 
yang sangat baik dan matang..
hati, penuh kerendahan
fikiran, sarat 'bussiness'
:)

K. Fatiyah
yang berfikiran 'ke hadapan'..
Banyak kata2 nasihat
selalu menolong
'Minda map'
(kagum.. :) )

K. Hifzah
yang ceria
walau banyak gurau
tapi matang fikirannya
'sharing moment', saangat selesa..
:)

Tiqah.. :)
Kawan yang sorang ini,
selalu sangat teringat
sebab
banyak kenangan manis bersama..
Tiqah, tq untuk 
resepi..
'nasi tomato selamat tinggal..' :)
masa2 terluang bersama
(pesta flora, riadah, tournament, walimah kawan2, pasar malam..)
[xkan lupa! :)]

Una..
walaupun dah 'not in the group'.. (",)
Tapi masih selesa dengan una
Still memahami..
Terima kasih banyak2
Una sangat baik..
(semoga bahagia selalu.. :) )

dan tak lupa..
adik yang sorang ni..

Si Sera
 Walaupun adik, 
tapi pandai memasak..
Baik hati.
Terima kasih, untuk masa 'deal' sama2
:)

 .....................


Sahabat2 yang disayangi,
saya dan 'kcc',
sudah selesai bakti
di daerah sana

Teruskan kehidupan dan khidmat
Andai Allah izin,
kita bertemu kembali~
:)

...............

Rindu,
dan 
akan terus rindu!

Tuesday, 10 May 2011

Insan tersayang dalam hidup..


Semalam, hari ibu..  Sangat rindu pada yang tersayang di rumah..

Dia, ibu tercinta..
insan yang amat disayangi..
insan yang dikakinya terletak syurga untuk kami adik beradik..


Mendengar penyampaian 'Untukmu Ibu' di radio IKIM, menambah rindu pada dia..

Rupanya, sebagai yang bergelar ibu, dia pernah mengalami 4 fasa hidup yang penuh bermakna..

(Sedikit perkongsian ceramah):

Fasa2 hidup seorang ibu...

Fasa pertama, fasa indah dan derita..

Saat paling bahagia dalam hidup ibu, adalah saat menerima berita hadirnya zuriat dalam diri.. Pasti indah rasa itu, hingga jerih mengandungkan 9 bulan mampu diharungi dengan tenang..
 
Saat paling derita, melahirkan kandungan dengan penuh payah..  Dia yang merasai derita, masih mampu tersenyum melihat zuriat yang hadir.. Subhanallah, hebatnya.. Hanya yang bergelar ibu dianugerahkan perasaan itu..

Fasa kedua, fasa yang cukup mencabar..

Saat menerima anak itu sebagai sebahagian daripada ujian hidupnya.. Ibarat memegang janji pada Allah, anak sebagai anugerah dan amanah.. "Anak ini sebagai amanah, Aku akan lihat bagaimana kamu membentuknya  menjadi hambaKu yang terbaik.." Pasti bergetar hati ibu menerima amanah itu. Hidupnya kini lebih payah. Apakah corak yang akan dibentuk pada kain putih itu? Menjadi atau tidak?
 
Fasa ketiga, fasa penentu..

Berjaya atau gagalkah dia sebagai ibu.. Saat inilah seorang ibu akan melihat, hasil jerit payahnya mengandung, melahir, dan membesarkan amanah Allah itu. Ibu mana yang tidak menginginkan anak yang soleh dan solehah.. Sedaya upayanya membimbing dengan penuh kasih mengenal Pencipta. Bahagia hatinya, andai anak didikannya itu menjadi anak yang soleh..

Namun, setiap usaha pasti ada ujian.. Pasrah hati ibu, jika anak yang didiknya itu, bukan seperti  jiwa keibuannya inginkan.. Namun, doanya tak pernah lekang mengiringi langkah si anak.. Diserahkan amanah itu pada yang telah meminjamkannya.. Hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan..

Fasa keempat, fasa dia kembali 'muda'..

Ketika ini, seorang ibu telah menjangkau usia tuanya.. Tidak berdaya.. Perasaan dan sikapnya kini, ibarat anak kecil. Mudah terasa, mudah menangis, sangat memerlukan... Inilah saatnya dia dapat lihat, dia dapat rasa, kehidupannya sebagai bebanan atau anaknya memberikan kemuliaan kepadanya, dengan mengasihi dan melayaninya..

..............

4 fasa hidup penuh getir, pahit dan manis menghias langkah...
Subhanallah.. Tabahnya insan bernama ibu..

Topik Jumaat, Untukmu ibu:
http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=136:topik-jumaat&catid=34:warna-pagi&Itemid=54
.................................................................................................................................................................

Buat ibunda tercinta.. : Norma Ismail


Sejuta kemaafan dipohon atas kata2 dan perbuatan yang pernah menghiris hati.. Terima kasih mengandung, melahir dan membesarkan diri ini.. Terima kasih atas setiap kasih sayang yang tercurah.. Terima kasih untuk segala nasihat yang amat2 berguna, membuat diri rasa tenang waktu resah, kuat waktu lemah, dan gembira waktu sedih.. Terima kasih banyak untuk semuanya..  Hanya Allah yang dapat balas segala jasamu..
Doakan anakmu ini mampu menjadi anak yang terbaik, mampu berbakti di sepanjang hayatmu, pemberi saham dunia akhirat...

SELAMAT HARI IBU.. Tiada hadiah terbaik yang mampu ku berikan, melainkan doa ikhlas yang tak pernah putus.. Kerana hadiah yang paling layak untukmu, hanyalah SYURGA yang abadi..

TERIMA KASIH wahai ratu hatiku. Kasih kita tak kan musnah.. :)


Dedikasi khas untukmu..: http://www.youtube.com/watch?v=W0fcSqxwk08

Luv u sooo much! (^_^)

...............................................................................................................................................................

"Ya Allah, haramkanlah api neraka dari tubuh badan ibuku.. Pelihara dan bahagiakanlah dia dunia akhirat. Ya Allah, balaslah jasanya dengan syurga yang tertinggi.."