Mencari RedhaMu:

' Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang2 yang berbuat baik. ' (Al-`Ankabut: 69)

Showing posts with label Nasihat mereka... Show all posts
Showing posts with label Nasihat mereka... Show all posts

Monday, 23 April 2012

Jalan nikah ini: Titipan darimu.. :)

 Thanks,
for giving me 
a 'love'.. 

Kata orang, sharing is caring,
caring itu tanda kasih..
Jadi, caring = love... :)

Terima kasih wahai sahabat yang prihatin pada permintaan dan harapan hati ini. Berkongsi ilmu saat diperlukan. Terasa kasih seorang sahabat tercurah pada diri..

Aisyah Ruqayyah, hati ini sangat berterima kasih.. Walau dirimu sibuk, tapi tetap meluangkan masa memberi sedikit bakti.. Moga Allah redha pada semua usahamu... (benar2 memaksudkannya.. :))

Ini perkongsian dari beliau.. :) :

...........

Bismillahirrahmanirahim.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, diri ini memulakan penulisan ini. Ya! Tanpa rahmat dan kasih sayang DIA, pasti kaku malah lumpuh barangkali jemari ini untuk menaip huruf demi huruf apatah lagi ayat demi ayat. [SYUKUR hanya pada yang selayaknya]

Sahabatku,
Sebelumnya, kte nak ajak diri ini dan kamu marilah sama-sama kita istiqfar.. Moga Allah ampun segalanya salah silap kita yang dalam sengaja mahu pun tidak sengaja kita lakukan. 

------ [take 10 second for istiqfar] ------------

Ok, sudah? Alhamdulillah.

Baiklah atas request kamu, kte share kan apa yang kte dapat dan rasa sepanjang penerokaan bedah buku yang dihadiahkan oleh sahabat disini untuk kte sempena Hari Ulangtahun Kelahiran baru-baru ini. Moga pahala ini berjalan bila saya share kan juga buat kamu. Insya-Allah. Ilmu yang bermanfaat..

DI JALAN DAKWAH AKU MENIKAH.

Sebelum ini, melihat tajuk buku pun rasa gentar mahu buka. Almaklumlah rasa belum rasa masa menikah itu dekat. Namun bila buku ini dihadiahkan oleh sahibah pastinya perlu dibaca. Buku itu perlu dibaca bukan? Hehe…

Persepsi perlu diubah. Buku yang harus dibaca oleh setiap individu yang mengimpikan sebuah keluarga sakinah, mawaddah dan rahmat dan kelangsungan diatas jalan ini dalam masa yang sama inilah PELUANG dan RUANG untuk kita sama-sama perbaiki diri. Memperkemaskan diri dengan akhlak muslimah untuk menjadi hamba Dia Yang Terbaik!

Sebelum melangkah lebih jauh, marilah sama-sama kita menjernihkan basyirah mata hati dari kilauan dunia. Semoga Dia menemukan kemantapan hati pada saat bersua dengan seseorang yang tepat buat kita.  Diawal intro buku ini ditulis oleh isteri penulis sendiri.

“ Jangan terlalu mengharap kesempurnaan. Dengan pernikahan itulah kita bersama-sama saling membangun, mematangkan konsep pemikiran, mengasah keterampilan dan mencuba mengaplikasikannya. Bereksperimen tentang pola yang tepat dalam saling memotivasi seterusnya dan seterusnya…. Hingga kini kami saling belajar, saling melengkapi dan menyempurnakan. Anda jangan hanya ingin terima ikhwan/akhawat yang sempurna datang kepada anda seperti yang anda harapkan. Tetapi anda harus berani untuk bersama-sama membangun peribadi yang diharapkan. Menerima tidak hanya kelebihannya namun kekurangannya juga. Yang paling penting adalah dia seseorang yang memiliki visi dan misi yang sama.”

PERNIKAHAN: MEMPERTEMUKAN KEPENTINGAN-KEPENTINGAN

Ketika bujang inilah masanya untuk pembinaan diri dan menjaga kebaikan seorang diri. Namun ketika sudah menikah pula, kita boleh rebut pahala berganda apabila dapat solat malam berdua, tilawah bersama-sama dan saling mengingat.

MENIKAH DAN DAKWAH

Memulai langkah menuju pernikahan perlulah tertanam motivasi untuk melaksanakan pernikahan dijalan dakwah bukannya jalan-jalan yang lainnya. Insya-Allah pernikahan ini akan menjadi pernikahan penuh barakah.
  
        A.      KUSIAPKAN DIRI MENUJU PERNIKAHAN

Benarkah nikah itu indah? Ini bergantung pada pilihan ini: Di jalan apa anda menikah?
Syariat yang menyuruh anda menikah.

Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah dia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah.” [HR Baihaqi dari Anas bin Malik]

“Menikah adalah sunnahku, barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, ia bukan termasuk golonganku. Menikahlah kerana aku akan membanggakan jumlahmu yang banyak di hari akhir nanti.” [HR Ibnu majah dari Aisyah r.a]

Sahabatku,
Di jalan apakah anda menikah? Ini bukan pertanyaan basa-basi. Pertanyaan ini penting untuk dijawab. Kehidupan dunia lani disajikan dengan pelbagai keseronokkan sehinggakan kita menjadi seorang materialistic kan? Huhu.. Inilah kerap berlaku pada setiap antara kita. 

Syaitan itu  benar-benar menjadikan indah apa yang dilarang Allah. Oleh itu waspadalah dengan keindahan yang diciptakan oleh syaitan.

“Maka apakah yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)?” [Faathir:8]

Ada juga situasi dimana kehidupan serba ruhani dimana kehidupan menolak kemewahan. Kehidupan material harus ditinggalkan kerana ia sumber permasalahan. Sesungguhnya Islam tidak mengharamkan harta jika ianya diperoleh dengan cara yang benar.Islam menganggap harta adalah sebahagian dari perhiasan dunia yang boleh dimanfaatkan untuk mengoptimakan kebaikan. Haruslah menguruskannya dengan cara terbaik.

Oleh itu persoalan tadi harus dipersoal kembali.. Di jalan apakah anda menikah? 

Terbentang jalan yang lurus yang terbentang luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang soleh dan jalan ahli Syurga.

“Katakanlah: Ini jalan (agama) ku, aku dan orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang Musyrik.” [Yusuf:108]

Inilah jalanku, jalan yang dipilih oleh Allah untuk para Rasul. Jalan inilah yang menghantar Nabi saw menikahi isteri-isterinya. Dijalan dakwah itulah jalan yang diikuti oleh Nabi dan sahabat-sahabat baginda.  Jalan yang menawarkan kelurusan orentasi, bahawa pernikahan itu adalah ibadah. Bahawa berkeluarga adalah salah satu tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di muka bumi Allah ini.

Lalu mengapa anda memilih jalan-jalan yang lain? Inilah jalan yang Allah janjikan tiada kerugian. Jalan yang mencorakkan kehidupan dan kematian yang indah.

PERSIAPAN DIRI MENJELANG PERNIKAHAN

1.       Persiapan Moral dan spiritual. 
- Kita perlulah mempersiapkan diri untuk membuka ruang baru bagi seseorang yang bernama SUAMI/ISTERI.
- Bagi isteri, kesediaan untuk tunduk dan patuh pada prinsip syura dan ketaatan bagi suami.
- Selain itu, JADIKAN DIRI BAIK TERLEBIH DAHULU. Jika ingin memiliki suami yang setia, jadikan diri anda wanita yang setia. Jika ingin memiliki isteri yang suci, jadikan diri anda lelaki yang suci. Jika ingin mendapatkan pasangan hidup yang menjaga kehormatan diri, jadikan diri anda orang yang menjaga kehoramatan diri. Mulailah dengan diri sendiri.

 2.       Persiapan Konsepsional
- Persiapan untuk kita bangunkan kefahaman dan ilmu dalam diri.
- Mempelajari dan mendalami ilmu agama. Untuk mendidik diri,keluarga dan anak-anak mengikut sunnah Rasulullah dan acuan Al-Quran semua memerlukan doa dan ilmu yang berterusan.

 3.       Persiapan Fizikal
- Dalam persiapan ini, kita perlulah sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat. Dunia hari ini banyak makanan yang diragui halalnya. Dan kita perlulah selalu exercise. Mahalnya harga sebuah kesihatan apabila kita jatuh sakit bukan?  Melalui badan yang sihat kita mampu untuk bangun malam mengadu pada Dia. 

4.       Persiapan Material
- Islam tidak menghendaki kita berfikiran materialistic. Namun materi merupakan salah satu sarana sarana ibadah kepada Allah.
- Kita perlu ada planning kewangan keluarga.

 
Harus diyakini bahawa jodoh itu berada dalam kekuasaan Allah. Dengan keyakinan itu, kita tidak akan terjatuh ke dalam sikap kesombongan. Disisi lain, terhindarkan diri keputusasaan seakan-akan jodoh tak pernah bertemu dengannya. 

YAKIN dan berDOAlah diketemukan jodoh terbaik buat kita….

Baiklah. Insya-Allah setakat ni dulu coretan warkah saya bagi PART 1. Nantikan untuk part seterusnya ye.. Moga perkongsian ini bermanfaat buat saya  dan kamu sahabatku.

Ana Uhibbuki Fillah (saya Sayang awak kerana Allah)



.................

I Luv you to, my dear, fillah... ^^
InsyaAllah, akan ku cuba nadikan nasihat2 ini dalam kehidupan masa depan..
Doakan kemudahan bagiku.. :)

Monday, 5 September 2011

Terima kasih..

..Alhamdulillah, terubat sudah..


Saya sangat berterima kasih pada seseorang.

Kerana secara tak langsung dia telah mengingatkan saya, tentang hakikat kelemahan diri..

Buat mereka yang sedang menghadapi kemurungan kerana memikirkan tentang kekurangan diri, semoga nasihat2 ini turut berguna..

Katanya:

Allah kenalkan kita pada kelemahan kita bukan supaya kita berduka dengan kelemahan itu,

tapi supaya kita kenal di mana atau waktu mana,

kita perlu tingkatkan usaha untuk memperbaikinya atau lebih berwaspada dengan kelemahan kita itu..

Juga supaya kita lebih mencari seribu satu jalan untuk berusaha menghadapinya dengan lebih baik di masa hadapan..

Dalam kita berlari atau berjalan dalam laluan sukar menuju 'kejayaan', pasti ada saat2 kita jatuh, terduduk atau tersungkur ..

Yang penting, kita tak berterusan biarkan diri kita jatuh tanpa sebarang usaha untuk terus bangkit dan bangun maju..

Tiada manusia yang sempurna. Maksum itu hanya milik utusan mulia, Nabi Muhammad s.a.w..

Teruskan usaha. Jangan mengalah pada diri. 

'Allah tak lihat hasil, tapi pada usaha kita..'.. Kerana hasil itu, dalam genggamanNya..

...............

Terima kasih wahai penyampai 'kekuatan'. Sesungguhnya semua ini dariMu, ya Allah..


Jangan sedih..

'Tiada manusia yang sempurna'

Jika itu 'janji' Allah, 

Mengapa bersedih dengan kelemahan?

Kenapa kecewa dengan kekurangan?

Setiap kita ada kelemahan.

Sama ada kelemahan yang dinampak manusia. 

Atau kelemahan yang sedia maklum di sisi Tuhan..

............

Pesanan buat diri..

Jangan lelah untuk perbaiki kelemahan.

Kerana Allah ada ingatkan diri:
'tiada terubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri..'

'Berubah' bukan satu proses yang singkat. Ia perlukan masa yang lama, dan mungkin juga memakan masa sepanjang hayat.

Atau mungkin tak tercapai titik kejayaan itu sampai helaan nafas terakhir.

Oleh itu, jangan biarkan 'hasil' itu menghambat jiwa. Biarkan usaha berjalan merentas masa.

Allah itu Maha Adil, siapa yang bersungguh2 berusaha, kejayaan itu berhak untuknya..

Allah itu Maha Penyayang, tiada kegagalan di pandangan Allah bagi mereka yang berusaha. Biarpun, hasil perubahan itu tak tercapai di dunia, di akhirat, bergunung ganjaran menanti..

.....................................................................................................................................................................

Mungkin di pandangan mata manusia, hidup saya banyak silapnya, bergunung khilafnya.

Tapi di pandangan Allah, hikmah itu sedang menunggu..

Tiada pernah Dia menzalimi diri ini,

yang ada, hanya kasih dan hikmah dalam suratan..

....................................................................................................................................................................

"Ya Allah, jika kekurangan ini kifarah dariMu, ampunkanlah dosa2 ku, selama mana aku bersabar dan redha dengannya.."


Monday, 8 August 2011

Jom menabung amalan..



Jom menabung amalan~
Buat bekalan di 'masa hadapan'..

Sebuah perkongsian menyedarkan saya. Rupanya, usaha membanyakkan amalan, bukannya kerja yang mudah.

Mungkin kita rasa sudah banyak amalan yang kita lakukan sepanjang hidup ini.

Tapi hakikatnya, amalan2 yang kita lakukan itu mungkin saja tak cukup dan tak mampu dijadikan bekalan untuk membebaskan diri kita dari api neraka nanti. Kerana amalan2 tersebut mungkin hanya dapat digunakan sekadar penghapus dosa2 yang telah kita lakukan. Mungkin juga ‘terlupus’ dek dosa kita pada orang lain..

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari khiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu, kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakannya serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam neraka. (Hadis riwayat Muslim)

Subhanallah..

Rugi kan? Segala amalan yang kita rasa dah banyak kita buat rupanya sia2 semuanya. Tak mampu membantu kita, menjadi hak milik orang lain. Malah, lebih malang lagi, dosa2 orang lain pun terpaksa kita tanggung.. Itu tak kira lagi dengan berapa banyak dan besarnya dosa yang dilakukan oleh orang2 yang terpaksa kita tanggung tu.. Memang teramat muflis hamba2 sebegini. (Ya Allah, lindungilah kami dari tergolong dalam golongan ini..)

............................

Semua pahala amalan yang menjadi bekalan orang lain itu adalah dari amalan2 kita yang diterima. Macamana pula dengan amalan2 kita yang berbaur riak, ujub, takabbur? Atau amalan2 yang tak mampu diikhlaskan kerana Allah..?

Ya Allah, bila renung kembali.. Tak ada apa yang dapat diharapkan dari amalan yang teramat sikit yang dah dilakukan sepanjang hayat ni. Mungkin saja bila Allah panggil roh ini kembali padaNya saat ini, tergolong juga saya dalam golongan mereka yang muflis.. Nauzubillah..

...........................

Dari perkongsian ini,  saya dapat satu pengajaran..

Kita tidak boleh hidup sekadar berpuas hati dengan amalan2 yang dilakukan. Dan juga tidak boleh memandang remeh segala amalan kebaikan dan kejahatan walaupun kecil..

Amalan perlu ditingkatkan kualiti, kalau tak nak rugi di sana nanti..

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Surah Ar-Ra'd: 11)

Justeru, untuk lebih menjamin diri  dari menjadi muflis di sana nanti,  mungkin kita boleh berusaha untuk menjadi sebaik2 manusia..:

Rasulullah SAW bersabda:

 "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga manfaat  diri yang ditaburkan pada orang lain, mampu sedikit sebanyak membantu kita membanyakkan tabungan amalan. Dengan syarat, usaha ini perlu benar2 diikhlaskan hanya untuk Allah, supaya ia diterima. Dan perlu dielakkan daripada menyakiti hati orang, mencela, memakan harta orang lain, dan sebagainya (seperti dalam hadith), supaya ia tidak lagi 'dibazirkan' kepada orang lain..

Semoga dipermudahkan usaha ini.. Semoga Allah redha..


Tuesday, 7 June 2011

Lapangkan kesempitan..



Jika terasa sempit, alihkan pandangan pada yang lapang,
Semoga lapang itu mampu menbuatkan kita lupa pada kesempitan.
Jika terasa lemah, alihkan hati pada Yang Maha Kuat,
Agar Yang Maha Kuat itu, sudi mengusirkan segala kelemahan,
dan memberikan secebis kekuatan..


Alhamdulillah.. 

Rupanya rasa penat dan sibuk lebih menyenangkan hati berbanding rasa senang dan lapang. Sibuk, banyak melapangkan fikiran dan hati dari perkara2 ‘kosong’ dan sia2. Sibuk juga menjadikan diri lebih dekat kepada Pencipta.. Rasa bersyukur dengan anugerah masa dan kemudahan yang diberikan dalam setiap urusan . Sangat bersyukur, Dia membukakan ruang pada hati untuk sentiasa bersangka baik dalam setiap ketentuanNya..

Usaha melapangkan diri dicelah kesempitan ini, sentiasa diiringi dengan nasihat sahabat2 penguat diri.. 

Buat mereka yang sedang menghadapi ‘kesempitan’, semoga nasihat2 ini turut berguna..

Penenang resah

Antara nasihat yang terkesan di hati di saat jiwa gusar dan lemah..

1) “Dalam setiap takdir yang Allah persiapkan untuk kita, hadapilah dengan tenang. Pandang sudut kebaikan dan sudut hikmah yang Allah bagi di sebalik setiap takdir yang kita terima, bukan sudut kesukaran dan kekurangan yang terdapat padanya.. Bersangka baiklah pada Yang Mentakdirkan dan telitilah setiap hikmah di sebalik setiap kesukaran..”

2) “Dalam setiap kesibukan yang melanda, belajarlah menguruskan masa.. Supaya disebalik kesibukan itu, kita sentiasa ada masa untuk diri dan untuk Allah.”

3) “Dalam setiap kesulitan yang kita rasai, sebenarnya Allah telah selitkan berjuta2 hikmah yang tak terdetik di hati. Pasti ada kebaikan2 masa depan yang tersembunyi.. Kita hanya perlu bersabar dan yakin.”

4) “Dalam setiap ujian yang diberi, tujuan utama Allah adalah ingin mengangkat dan memuliakan diri kita dengan memberikan pahala sabar..”

5) “Dalam setiap usaha kita yang terasa payah, Allah ingin mentarbiyah diri kita tentang darjat yang lebih tinggi untuk sifat tawakal. Tawakal, hanya mampu dihayati oleh jiwa yang benar2 percaya pada Yang Maha Kuasa..”

6) “Orang beriman itu pelik.. Bila dia dapat kebaikan dan kesenangan, dia gembira dan bersyukur.. Bila ditimpa kesukaran, dia juga gembira, tenang dan sabar.. Kenapa? Sebab dia tahu, di sebalik kesukaran itu, bertimbun2 pahala yang dia dapat dengan sabar.. Dan bertingkat2 darjatnya di sisi Allah bila dia redha dan sabar.. Sabar juga adalah sebahagian cara dan tangga untuk capai kemanisan iman.”

................

Terima kasih kepada insan2 yang dipilih untuk menyampaikan nasihat2 ini..

Jika nasihat ini mampu dihadam dan dijiwai, pasti kita mampu mengubah:

7) Murung bertukar senyum, gelisah bertukar tenang, keluhan bertukar syukur, dan kosong bertukar pahala.. :)
..........................................................................................................................................................

Dalam lapang, kita boleh memilih untuk sempit. Dalam sempit, kita boleh memilih untuk lapang. Bagaimana melapangkan sempit? Hanya dengan mengubah persepsi jiwa, dan mengukuhkan 'pandangan' iman..